DBKK perkukuh usaha jaga kebersihan perkampungan air sokong pelancongan

KOTA KINABALU – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan terus memperkukuh usaha menjaga kebersihan kawasan perkampungan air sebagai langkah menyokong pembangunan sektor pelancongan dan meningkatkan kesejahteraan penduduk setempat.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, pihaknya sedang merancang penambahan kemudahan tong sampah serta mempertingkatkan operasi pemungutan sisa sampah di kawasan laut menggunakan bot khas yang telah disediakan.

“Saya berharap sampah yang dikumpulkan oleh penduduk setempat dapat dipungut dengan lebih kerap bagi memastikan persekitaran kawasan berkenaan sentiasa bersih dan terurus.

“DBKK juga akan berbincang dengan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Tanjung Aru serta kepimpinan kampung bagi melihat kemungkinan melibatkan penduduk tempatan dalam kerja-kerja pemungutan sampah bagi pihak DBKK.

“Kita mahu melihat kawasan ini menjadi lebih bersih. Penduduk setempat boleh membantu bukan sahaja memungut sampah tetapi memastikan ia dibuang di lokasi yang telah ditetapkan,”katanya semasa sidang media selepas merasmikan Program I-fit Pulau Gaya di Kampung Torong-Logong, pada Rabu.

Dalam pada itu, Sabin berkata, aspek kebersihan merupakan elemen penting dalam menarik kehadiran pelancong ke kawasan perkampungan air yang mempunyai potensi besar sebagai destinasi pelancongan komuniti.

“Peningkatan jumlah pelancong dijangka memberi limpahan ekonomi yang lebih baik kepada pengusaha homestay serta penduduk setempat yang terlibat dalam sektor pelancongan,” jelasnya.

Terdahulu Sabain berkata, penganjuran program iFit The Pulau Gaya yang dihadiri oleh 350 peserta bertujuan mengeratkan hubungan antara agensi kerajaan dan penduduk setempat menerusi aktiviti komuniti yang melibatkan pelbagai pihak.

“Program yang dianjurkan oleh DBKK melalui Jabatan Inovasi dan Pendidikan dengan pembiayaan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

“Program ini turut mendapat kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), pihak sekolah, pelajar serta komuniti setempat dengan sokongan Pusat UPPM Tanjung Aru,” jelasnya.

Related Posts

Rohingya: Selangor selaras tindakan bersama PBT, JIM dan agensi berkaitan

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor memandang serius kebimbangan orang ramai berhubung penempatan pendatang asing tanpa izin (PATI), termasuk komuniti etnik Rohingya di beberapa kawasan di daerah berkenaan. Menteri Besar Selangor,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Status kekosongan kerusi DUN Selangor keputusan Speaker, bukan kerajaan negeri – Amirudin

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menegaskan status kekosongan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan dimuktamadkan minggu ini sebelum dirujuk kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menentukan tindakan selanjutnya.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rohingya: Selangor selaras tindakan bersama PBT, JIM dan agensi berkaitan

Rohingya: Selangor selaras tindakan bersama PBT, JIM dan agensi berkaitan

Infantino bakal terlepas gaji lumayan

Infantino bakal terlepas gaji lumayan

Status kekosongan kerusi DUN Selangor keputusan Speaker, bukan kerajaan negeri – Amirudin

Status kekosongan kerusi DUN Selangor keputusan Speaker, bukan kerajaan negeri – Amirudin

Juruteknik didakwa pandu melulu punca tiga maut

Juruteknik didakwa pandu melulu punca tiga maut

Wanita luar bandar Telang Usan digesa rebut peluang ekonomi digital

Wanita luar bandar Telang Usan digesa rebut peluang ekonomi digital

Sarawak dipilih tuan rumah sambutan Hari Malaysia 2026

Sarawak dipilih tuan rumah sambutan Hari Malaysia 2026