12 PATI warga Myanmar bersembunyi dalam hutan ditahan PGA

PASIR MAS – Seramai 12 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam Op Taring Wawasan Kelantan ketika bersembunyi di kawasan hutan Kampung Tok Rusa Meranti, petang semalam.

Serbuan kira-kira jam 2.30 petang itu dilakukan hasil maklumat awam dan risikan yang dijalankan oleh anggota PGA.

Komander Briged Tenggara PGA, Ahmad Radzi Hussain berkata, pemeriksaan di lokasi menemukan sekumpulan lelaki dan wanita dalam keadaan mencurigakan di kawasan hutan berkenaan.

Beliau berkata, kesemua individu terbabit gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah dan dipercayai memasuki negara ini melalui Sungai Golok.

“Seramai tujuh lelaki dan lima wanita warga Myanmar berusia antara 18 hingga 41 tahun ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pihaknya turut merampas 11 telefon bimbit yang dianggarkan bernilai RM11,000.

Hasil siasatan awal mendapati kawasan hutan itu dipercayai dijadikan lokasi persinggahan sementara sebelum kumpulan berkenaan dibawa ke destinasi yang telah ditetapkan bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa.

Beliau berkata, semua suspek yang ditahan tidak boleh bertutur dalam Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris.

Kesemua tangkapan dan barang rampasan telah diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Foto: Berita RTM

Related Posts

Status kekosongan kerusi DUN Selangor keputusan Speaker, bukan kerajaan negeri – Amirudin

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menegaskan status kekosongan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan dimuktamadkan minggu ini sebelum dirujuk kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menentukan tindakan selanjutnya.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Juruteknik didakwa pandu melulu punca tiga maut

PEKAN – Seorang juruteknik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan memandu melulu sehingga menyebabkan tiga pengguna jalan raya termasuk dua beranak, maut pada Jun lalu. Tertuduh,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Status kekosongan kerusi DUN Selangor keputusan Speaker, bukan kerajaan negeri – Amirudin

Status kekosongan kerusi DUN Selangor keputusan Speaker, bukan kerajaan negeri – Amirudin

Juruteknik didakwa pandu melulu punca tiga maut

Juruteknik didakwa pandu melulu punca tiga maut

Wanita luar bandar Telang Usan digesa rebut peluang ekonomi digital

Wanita luar bandar Telang Usan digesa rebut peluang ekonomi digital

Sarawak dipilih tuan rumah sambutan Hari Malaysia 2026

Sarawak dipilih tuan rumah sambutan Hari Malaysia 2026

TPM Fadillah jalani pembedahan pintasan jantung di IJN  

TPM Fadillah jalani pembedahan pintasan jantung di IJN  

Trump harap penyelesaian diplomatik rungkai konflik AS-Iran

Trump harap penyelesaian diplomatik rungkai konflik AS-Iran