Liputan telekomunikasi Perak lengkap, tamatkan titik buta Lebuhraya PLUS

GOPENG – Masalah gangguan liputan telekomunikasi atau ‘blind spot’ terakhir di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dalam negeri Perak kini berjaya diatasi setelah menara telekomunikasi baharu di kawasan Gua Tempurung, di sini siap untuk digunapakai.

Pembangunan infrastruktur tersebut melengkapkan liputan komunikasi bagi jajaran lebuh raya sejauh kira-kira 220 kilometer dari Tanjung Malim hingga Parit Buntar, sekali gus meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya serta kecekapan komunikasi ketika kecemasan.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Perak, Mohd Azlan Helmi berkata, kawasan Gua Tempurung sebelum ini dikenal pasti sebagai lokasi paling kritikal yang berdepan masalah liputan telekomunikasi berikutan faktor geografi dan bentuk muka bumi yang mencabar.

Menurut beliau, dengan adanya menara baharu itu berjaya menamatkan isu titik buta komunikasi yang sekian lama menjadi perhatian kerajaan negeri dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

“Masalah blind spot terakhir di sepanjang jajaran PLUS dalam negeri Perak telah berjaya diselesaikan menerusi pembinaan menara telekomunikasi di kawasan Gua Tempurung,” katanya ketika lawatan kerja ke tapak menara berkenaan, pada Isnin.

Sebelum ini, kawasan Gua Tempurung sering mengalami gangguan komunikasi kerana kedudukannya yang dikelilingi bukit batu kapur dan kawasan hutan tebal, sekali gus menghalang penyebaran gelombang radio secara optimum.

“Dengan beroperasinya menara baharu itu, pengguna lebuh raya kini dapat menikmati liputan rangkaian yang lebih stabil dan menyeluruh, selain membantu mempercepatkan tindakan kecemasan sekiranya berlaku kemalangan atau insiden tidak diingini.

“Menara berkenaan turut dikongsi oleh beberapa syarikat telekomunikasi utama negara termasuk CelcomDigi, Maxis, U Mobile, YTL Communications dan Telekom Malaysia, bagi memastikan perkhidmatan komunikasi yang lebih cekap dan berkesan kepada pengguna di laluan berkenaan,”katanya.

Related Posts

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

IPOH – Sebanyak RM80,000 diperuntukkan bagi melaksanakan tujuh projek menerusi Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Perak Sejahtera 2030 Tahun 2026, dalam usaha memperkasa komuniti Orang Kurang Upaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

IPOH – Lima anak Perak bakal membawa nama negeri ke persada antarabangsa apabila terpilih mengikuti Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)–Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU) selama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak