Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AYER KEROH – Proses demokrasi dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus dihormati dan diperkukuh, termasuk dalam soal kepemimpinan parti serta keputusan memberi ruang kepada Timbalan Presidennya, Nurul Izzah Anwar untuk berehat seketika, kata bekas Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Beliau berkata, keputusan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) berhubung perkara itu sudah dijelaskan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada perwakilan pada Kongres Nasional PKR 2026 dan mendapat penerimaan positif.

Katanya, sepanjang tempoh Nurul Izzah berehat, tugas Timbalan Presiden akan dijalankan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang mempunyai pengalaman luas dalam parti.

“Presiden telah pun menjelaskan tentang pengumuman yang dibuat atau keputusan yang telah dibuat oleh MPP, yang membuat keputusan untuk memberikan kebenaran kepada Timbalan Presiden, saudari Nurul Izzah untuk bercuti.

“Sementara beliau bercuti, jawatan Timbalan Presiden itu dijalankan tugasnya oleh Datuk Seri Saifuddin,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP) selepas Kongres Nasional PKR 2026 di sini, hari ini.

Shamsul Iskandar berkata, PKR mempunyai ramai pemimpin yang mampu meneruskan tugas dan perjuangan parti, selain kekal mengamalkan pemilihan kepemimpinan menerusi proses demokrasi.

Beliau berkata, keputusan Nurul Izzah untuk berehat juga perlu dihormati kerana ia dibuat atas pendirian dan sebab tersendiri.

Dalam pada itu, beliau berkata, PKR kini mempunyai tanggungjawab penting untuk membuat persiapan menghadapi beberapa Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Katanya, PKR sebagai sebuah gerakan yang menghimpunkan masyarakat pelbagai kaum, agama dan bangsa perlu terus memberikan tumpuan kepada agenda parti serta perjuangan untuk rakyat.

Sementara itu, Ketua Cabang PKR Setiawangsa, Datuk Afdlin Shauki Aksan berkata, penglibatan individu daripada keluarga sama dalam parti tidak semestinya menunjukkan amalan nepotisme atau kronisme.

Beliau berkata, kedudukan seseorang dalam parti perlu dilihat berdasarkan kebolehan, pengalaman dan sumbangan masing-masing.

“Yang sangat penting adalah semuanya bergantung atas kaki sendiri. Mereka bukan tidak ada kelebihan ataupun pengalaman ataupun kebolehan untuk memberikan mereka posisi itu.

“Kebetulan mereka adalah satu keluarga,” katanya.

Afdlin berkata, individu terbabit juga mempunyai latar belakang perjuangan serta pengalaman dalam parti, justeru hubungan kekeluargaan tidak seharusnya menjadi ukuran tunggal dalam menilai penglibatan mereka.

Beliau pada masa sama menyifatkan Anwar sebagai pemimpin yang berhemah dalam menangani pelbagai pandangan serta perbezaan dalam parti.

“Pada kita, Presiden kita sangat memaafkan semua orang dan sangat berhemah,” katanya.

Related Posts

Tempoh idah PRU16 belum sampai

KULIM – Kerajaan Perpaduan ketika ini belum lagi memasuki tempoh ‘idah’ untuk membubarkan parlimen dan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

PERBINCANGAN mengenai penyatuan politik Melayu memasuki fasa yang lebih mencabar apabila Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mencadangkan Terengganu dijadikan medan untuk menguji sejauh mana keikhlasan Pas dalam membentuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana