RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

IPOH – Sebanyak RM80,000 diperuntukkan bagi melaksanakan tujuh projek menerusi Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Perak Sejahtera 2030 Tahun 2026, dalam usaha memperkasa komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) di negeri ini.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan NGO Perak, Salbiah Mohamed berkata, peruntukan itu memberi fokus kepada peningkatan kemahiran dan keupayaan komuniti OKU supaya latihan yang diterima dapat diterjemahkan kepada aktiviti ekonomi yang menjana pendapatan.

“Kerajaan Negeri mahu komuniti OKU bukan sekadar menerima latihan, tetapi mampu menggunakan kemahiran yang diperoleh untuk menghasilkan produk, menjana pendapatan dan membina kehidupan yang lebih berdikari.

“Ini selaras dengan komitmen kerajaan negeri untuk memastikan komuniti OKU diberikan ruang dan peluang yang sama dalam membangunkan potensi diri, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri,” katanya.

Menurutnya, tujuh projek yang diluluskan merangkumi bidang penghasilan makanan sejuk beku, bakeri, kraftangan batik, tanaman tebu dan roselle serta projek kafe yang mempunyai potensi untuk dikembangkan secara berterusan.

Katanya, PPDK Impian Batu Kurau turut menerima kelulusan khas sebanyak RM12,600 bagi melaksanakan Projek Tanaman Tebu Mutiara.

“Projek-projek ini bukan sahaja membuka peluang kepada komuniti OKU untuk mempelajari kemahiran baharu, malah menyediakan ruang untuk mereka menghasilkan produk, mewujudkan peluang pekerjaan dan berdikari melalui aktiviti ekonomi.

“Kita berharap setiap penerima dapat memanfaatkan peruntukan ini sebaiknya dan memastikan projek yang dilaksanakan terus berkembang serta memberikan manfaat dalam jangka panjang,” katanya.

Salbiah berkata, pendekatan itu penting bagi memastikan bantuan yang disalurkan tidak terhenti pada peringkat latihan semata-mata, sebaliknya mampu mewujudkan impak ekonomi yang berterusan kepada komuniti OKU.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan terus memberi perhatian kepada usaha memperluas peluang pembangunan kapasiti dan ekonomi komuniti OKU supaya golongan berkenaan dapat memainkan peranan lebih besar dalam pembangunan negeri.

Related Posts

Pembubaran DUN Sarawak mungkin selepas Sidang Belanjawan Negeri – Abdul Karim

KUCHING – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak berkemungkinan dibubarkan selepas selesai persidangan belanjawan negeri bulan ini, namun keputusan mengenainya kekal menjadi hak prerogatif Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua pasar tumpuan awam di Sibu kini dilengkapi kemudahan AED

SIBU – Dua lokasi tumpuan awam kini dilengkapi dengan peranti pengejut jantung luaran automatik (AED), masing-masing ditempatkan di Pasar Sementara Jalan Tiong Hua dan Pasar Sentral Sibu bagi meningkatkan kesiapsiagaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Najib sudah dimaklumkan SOP pelaksanaan tahanan rumah

Najib sudah dimaklumkan SOP pelaksanaan tahanan rumah

MyEG perlu bayar tunggakan RM314 juta sebelum operasi disambung

MyEG perlu bayar tunggakan RM314 juta sebelum operasi disambung

Pembubaran DUN Sarawak mungkin selepas Sidang Belanjawan Negeri – Abdul Karim

Pembubaran DUN Sarawak mungkin selepas Sidang Belanjawan Negeri – Abdul Karim

Dua pasar tumpuan awam di Sibu kini dilengkapi kemudahan AED

Dua pasar tumpuan awam di Sibu kini dilengkapi kemudahan AED

687,697 pengundi layak mengundi untuk PRN Melaka

687,697 pengundi layak mengundi untuk PRN Melaka

Imej negatif Ahmad Zahid buka kelompangan UMNO tumbang pilihan raya

Imej negatif Ahmad Zahid buka kelompangan UMNO tumbang pilihan raya