DBKL nafi video tular penjaja depan KLCC, sahkan rakaman lama

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan dakwaan berhubung sebuah video tular yang memaparkan aktiviti perniagaan di hadapan Menara Berkembar Petronas (KLCC).

Dalam satu kenyataan hari ini, DBKL menjelaskan hasil semakan mendapati video yang tersebar di media sosial itu tidak mencerminkan situasi terkini di lokasi berkenaan.

“Antara petunjuk jelas bahawa video tersebut adalah rakaman lama ialah kewujudan hanya satu papan tanda di kawasan terbabit, sedangkan keadaan semasa menunjukkan terdapat dua papan tanda di lokasi yang sama.

“Berdasarkan rekod rakaman kamera litar tertutup (CCTV) DBKL, tiada sebarang aktiviti perniagaan seperti yang dipaparkan dalam video berkenaan direkodkan di kawasan tersebut sepanjang tahun 2026,” menurut kenyataan itu.

DBKL turut memaklumkan pihaknya sentiasa menjalankan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan secara berkala di sekitar kawasan Parlimen Bukit Bintang termasuk kawasan tumpuan pelancong seperti KLCC.

Bagi tempoh Januari hingga Mei 2026, sebanyak 2,108 tindakan penguatkuasaan telah dilaksanakan di kawasan Imbi melibatkan pelbagai kesalahan berkaitan halangan struktur dan penjaja.

Daripada jumlah itu, sebanyak 1,795 notis kompaun dikeluarkan, selain 39 notis penguatkuasaan dan 274 tindakan sitaan.

Sehubungan itu, DBKL menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan maklumat daripada sumber yang sahih serta mengelakkan penyebaran maklumat yang belum dipastikan kesahihannya.

“Orang ramai juga diminta tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengelirukan masyarakat,” katanya.

Related Posts

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

SERIAN – Tiga projek pembangunan infrastruktur luar bandar bernilai keseluruhan RM3.3 juta di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebedu dijangka memberi manfaat besar kepada penduduk setempat, khususnya dalam memudahkan akses…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

KUCHING – Seorang remaja lelaki tempatan berusia 18 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai hilang kawalan sebelum diheret sebuah lori dalam satu kemalangan tragis di Jalan Canna pada Isnin.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi