Dr Samsuri wajar lepas jawatan pengerusi PN dengan berakhirnya kerjasama Pas-Bersatu

MENTERI Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar disaran melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) setelah kerjasama politik antara PAS dan Bersatu berakhir, bagi mengelakkan konflik kepentingan serta kekeliruan terhadap hala tuju gabungan itu.

Penganalisis politik Terengganu, Dr Azrie Azeh berkata, kedudukan Ahmad Samsuri sebagai pemimpin kanan Pas dan pada masa sama menerajui PN sudah menjadi tidak relevan dengan berakhirnya hubungan politik antara dua parti utama dalam gabungan berkenaan berakhir secara rasmi

Menurut beliau, jawatan Pengerusi PN seharusnya mencerminkan kesatuan dan kesepakatan semua parti komponen dalam gabungan tersebut.

“Sekiranya Pas memutuskan untuk menamatkan kerjasama politik dengan Bersatu, maka secara moral dan politiknya Dr Samsuri perlu mempertimbangkan untuk melepaskan jawatan sebagai Pengerusi PN kerana asas kewujudan gabungan itu sudah berubah.

“Adalah sukar untuk seseorang pemimpin menerajui sebuah gabungan yang tidak lagi mempunyai persefahaman politik yang jelas antara parti-parti utamanya,” katanya ketika dihubungi The Malaysia Press.

Ahmad Samsuri dilantik sebagai Pengerusi PN pada Februari lalu menggantikan Muhyiddin Yassin dengan mandat memperkukuhkan muafakat politik dalam gabungan tersebut.  

Untuk rekod Pas telah mengambil keputusan memutuskan kerjasama politik dengan Bersatu setelah mengadakan mesyuarat Pas Pusat semalam

Mengulas kedudukan kerajaan negeri Terengganu, Dr Azrie berpandangan Pas juga perlu membuat penilaian semula terhadap penyertaan wakil Bersatu dalam pentadbiran negeri sekiranya kerjasama politik kedua-dua parti benar-benar berakhir.

Katanya, prinsip tanggungjawab kolektif dalam kerajaan memerlukan barisan pentadbiran yang berkongsi pendirian politik dan hala tuju yang sama.

“Jika hubungan politik Pas dan Bersatu sudah tidak lagi wujud di peringkat nasional, maka kerajaan negeri Terengganu perlu konsisten dengan pendirian tersebut.

“Justeru, wakil Bersatu yang memegang jawatan dalam pentadbiran negeri termasuk Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) perlu digugurkan bagi mengelakkan percanggahan politik dalam kerajaan,” katanya.

Ketika ini, kerajaan negeri Terengganu mempunyai seorang Exco daripada Bersatu iaitu Razali Idris yang mewakili kerusi Dewan Undangan Negeri Kijal.  

Dr Azrie berkata, tindakan mengekalkan wakil Bersatu dalam kerajaan negeri selepas berakhirnya kerjasama politik hanya akan menimbulkan persoalan terhadap konsistensi pendirian PAS dan boleh memberi kesan kepada keyakinan penyokong akar umbi.

Bagaimanapun, beliau menegaskan sebarang keputusan berkaitan kedudukan Exco dan struktur pentadbiran negeri merupakan prerogatif Menteri Besar serta kepimpinan Pas negeri.

“Pas perlu membuat keputusan yang jelas dan tegas. Jika kerjasama politik ditamatkan, maka implikasinya perlu diterjemahkan dalam struktur pentadbiran kerajaan negeri bagi memastikan mesej politik yang dihantar kepada rakyat tidak bercanggah,” katanya.

Perkembangan itu dilihat berpotensi memberi kesan besar terhadap landskap politik Terengganu memandangkan Pas menguasai majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri manakala Bersatu turut mempunyai beberapa wakil rakyat dalam kerajaan negeri.  

Related Posts

AMK persoal pendirian BN tuntut 21 kerusi PRN Melaka

KUALA KANGSAR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) mempersoalkan pendirian Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan 21 kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 2021, sedangkan rundingan pembahagian kerusi dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR belum terima surat letak jawatan ahli Parlimen

PUTRAJAYA – PKR tidak menerima sebarang surat peletakan jawatan daripada mana-mana ahli Parlimen parti itu. Ia sekali gus, menepis spekulasi yang bertiup kencang mengenai dakwaan seorang wakil rakyat PKR bakal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi

Negara Arab banyak hancur kerana ekstremis, Malaysia jangan ulang kesilapan sama – Syeikh Wazir

Negara Arab banyak hancur kerana ekstremis, Malaysia jangan ulang kesilapan sama – Syeikh Wazir

Sebelum sepenggal, PMX berjaya letak Malaysia jadi 30 ekonomi terbesar dunia

Sebelum sepenggal, PMX berjaya letak Malaysia jadi 30 ekonomi terbesar dunia

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik