Pas ceraikan Bersatu, hubungan politik berakhir

PUTRAJAYA – Pas mengumumkan penamatan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sekali gus mencetuskan perkembangan baharu dalam landskap politik negara menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan itu diputuskan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, pada Isnin selepas mengambil kira keputusan Mesyuarat Majlis Syura Ulama pada 2 Jun lalu berhubung kedudukan kerjasama politik antara kedua-dua parti.

Beliau berkata, dalam mesyuarat tersebut segala aspek dasar, hukum dan maslahah berhubung kerjasama politik Pas berasaskan prinsip penyatuan ummah telah dipertimbangkan.

“Pas turut meneliti kedudukan dan hala tuju kerjasama Pas-Bersatu berdasarkan laporan, kajian serta penilaian semasa sebelum memutuskan untuk menghentikan kerjasama politik dengan parti tersebut.

“Pas akan meneroka bentuk persefahaman politik dan kerjasama pilihan raya (electoral pact) demi penyatuan ummah bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16),” katanya dalam kenyataan malam Isnin.

Sementara itu, Abdul Hadi berkata, Pas turut menyatakan kesediaan menerima penyertaan tokoh akademik, profesional, pemimpin politik dan aktivis masyarakat yang berminat untuk menyertai parti berkenaan.

Perkembangan tersebut sekali gus mengakhiri spekulasi berhubung hubungan Pas dan Bersatu yang semakin tegang sejak beberapa bulan lalu.

Sebelum ini, pimpinan Pas di beberapa negeri meminta ahli dan jentera parti bersabar menunggu keputusan rasmi Jawatankuasa Pas Pusat berhubung masa depan kerjasama kedua-dua parti.

Kemelut antara Pas dan Bersatu dilihat semakin meruncing sejak penghujung tahun lalu susulan beberapa isu dalaman melibatkan kepimpinan Perikatan Nasional (PN), termasuk pertikaian mengenai hala tuju gabungan itu dan hubungan antara kedua-dua parti komponen utama berkenaan.

Kemuncak persengketaan berlaku apabila Bersatu mendakwa Pas cuba mencampuri urusan dalaman parti itu berkait isu kerjasama politik di Perlis, Kelantan dan Kedah serta tindakan pemberhentian dan pengantungan keahlian pemimpin partinya sebelum ini.

Dalam surat Bersatu bertarikh 25 Mei, dikirimkan oleh Muhyiddin kepada pemimpin Perikatan Nasional (PN) dan Pas menjelaskan tindakan mencampuri urusan dalaman parti anggota berkaitan hal disiplin dan tindakan yang diambil sebagai tidak wajar.

Related Posts

AMK persoal pendirian BN tuntut 21 kerusi PRN Melaka

KUALA KANGSAR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) mempersoalkan pendirian Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan 21 kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 2021, sedangkan rundingan pembahagian kerusi dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR belum terima surat letak jawatan ahli Parlimen

PUTRAJAYA – PKR tidak menerima sebarang surat peletakan jawatan daripada mana-mana ahli Parlimen parti itu. Ia sekali gus, menepis spekulasi yang bertiup kencang mengenai dakwaan seorang wakil rakyat PKR bakal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi

Negara Arab banyak hancur kerana ekstremis, Malaysia jangan ulang kesilapan sama – Syeikh Wazir

Negara Arab banyak hancur kerana ekstremis, Malaysia jangan ulang kesilapan sama – Syeikh Wazir

Sebelum sepenggal, PMX berjaya letak Malaysia jadi 30 ekonomi terbesar dunia

Sebelum sepenggal, PMX berjaya letak Malaysia jadi 30 ekonomi terbesar dunia

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik