Kemalangan 6 sekeluarga maut: Reman pemandu lori ditolak

SUNGAI PETANI – Mahkamah Majistret di sini hari ini menolak permohonan reman terhadap pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan mengorbankan enam sekeluarga di Kampung Baru Pinang Tunggal, semalam.

Majistret Mohamad Azlan Basri memutuskan demikian ke atas pemandu lori berusia 49 tahun itu ketika permohonan tersebut dibuat oleh pihak polis.

Siasatan kes kemalangan itu dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, lelaki terbabit dibawa ke mahkamah dengan trak polis kira-kira pukul 8.25 pagi tadi.

The Malaysia Press semalam melaporkan polis menyiasat semua aspek bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan yang mengakibatkan enam sekeluarga maut dalam kejadian di Kampung Baru Pinang Tunggal semalam.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, hasil siasatan awal mendapati ketika kejadian lori membawa muatan tanah itu hanya dipandu pada kelajuan 60 kilometer per jam (km/j).

“Selain itu, terdapat maklumat mengatakan kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X50 yang terlibat dalam kejadian itu adalah kenderaan baharu yang baru diambil (dari pusat jualan kenderaan) pada pagi tadi.

“Kita akan tengok mungkin ada masalah, pemeriksaan akan dibuat secara menyeluruh di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom),” katanya.

Kata beliau, pemandu lori berusia 49 tahun yang ditahan sejurus kejadian didapati negatif dadah.

“Bagaimanapun dia didapati mempunyai tujuh saman termasuk empat yang belum diselesaikan. Namun begitu, dia mempunyai lesen memandu sah dan kelajuan lori semasa kejadian hanya 60 kilometer sejam,” ujarnya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.45 petang semalam, enam mangsa yang terkorban dalam nahas itu ialah pemandu, Ahmad Syafiq Ahmad Shukri, 29, yang merupakan anggota polis berpangkat Lans Koperal yang bertugas di Balai Polis Nibong Tebal.

Turut maut isterinya, Jamaliah Sannusi, 29, yang merupakan seorang jururawat serta bayi mereka, Ahmad Mikail yang baru berusia dua bulan. Seorang lagi anak pasangan itu iaitu Aulia Sofea, 3, cedera parah pada muka.

Tiga lagi mangsa yang maut ialah adik Ahmad Syafiq iaitu Ahmad Fahim, 21, pemilik Proton X50 berkenaan yang bekerja sebagai jurujual kedai telefon dan ibunya, Nora Mohd Husin, 55, serta Iskandar Affan Ibrahim, 7, yang merupakan anak saudara kepada Ahmad Syafiq.

Related Posts

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

KOTA KINABALU – Kira-kira 250 pelari dari 26 negara dijangka menyertai Mount Kinabalu International Climbathon edisi ke-33 yang akan berlangsung pada 18 Oktober ini, sekali gus mengukuhkan kedudukan Sabah sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan, Sabah pada jam 9.11 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, memaklumkan gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills