Sultan Pahang berkenan lancar Liga Rakyat Pahang 1st

KUANTAN – Lebih 30,000 penonton memeriahkan pelancaran Liga Bola Sepak Rakyat Pahang Edisi Pertama, sempena merebut Piala Al-Sultan Abdullah 2026 di Stadium Darul Makmur, di sini malam tadi.

Kemeriahan itu diserikan dengan keberangkatan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang melancarkan liga berkenaan yang julung kali dianjurkan.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Pahang, Fadzli Mohamad Kamal.

Majlis pelancaran itu juga menyaksikan perlawanan persahabatan antara Pilihan Pahang dan Pilihan Selangor yang menyaksikan tuan rumah menewaskan lawan 2-1.

Pada perlawanan itu, dua gol Pilihan Pahang dihasilkan menerusi jaringan sendiri pertahanan Pilihan Selangor, Bunyamin Omar pada minit ke-20 dan Azizul Kamaluddin minit ke-34 manakala gol tunggal lawan pula dijaringkan Mahali Jasuli pada minit kesembilan.

Sementara itu, Fadzli berkata, kerajaan negeri berterima kasih di atas sokongan yang diberikan rakyat Pahang, khususnya lebih 30,000 penonton yang hadir memeriahkan pelancaran liga yang kali pertama dianjurkan.

“Sultan Pahang gembira hari ini (malam tadi) menyaksikan rakyat Pahang daripada berbilang kaum hadir beramai-ramai menyaksikan pelancaran Liga Bola Sepak Rakyat Pahang Edisi Pertama yang julung kali dianjurkan.

“Sebenarnya, penganjuran liga ini juga di atas titah Sultan Pahang dianjurkan satu liga tempatan bagi membolehkan rakyat Pahang di seluruh daerah mengambil bahagian.

“Kita juga merancang melaksanakan beberapa liga lain dalam kategori Bawah 19 tahun, 15 tahun, 12 tahun, 10 tahun dan 8 tahun dalam menyemarakkan sukan bola sepak terutama di peringkat akar umbi,” katanya, lapor Berita Harian.

Dalam saingan Liga Bola Sepak Rakyat Pahang Edisi Pertama menyaksikan sebanyak 112 pasukan dari seluruh Pahang berentap bagi merebut Piala Al Sultan Abdullah.

Liga itu akan dilaksanakan secara berperingkat membabitkan daerah Lipis, Cameron Highlands, Raub, Bentong, Jerantut, Temerloh, Bera, Maran, Muadzam, Kuantan, Rompin dan Pekan.

Peringkat kumpulan dijadual berlangsung dari 20 Jun hingga 26 Julai sebelum saingan diteruskan ke pusingan 16 terbaik pada awal Ogos depan.

Kemuncak kejohanan bakal berlangsung di Stadium Darul Makmur dengan aksi suku akhir dijadualkan pada 15 Ogos, separuh akhir (22 Ogos) dan perlawanan akhir serta penentuan tempat ketiga dan keempat pada 29 Ogos depan.

Dalam pada itu, seorang peminat bola sepak, Mohd Heri Awang, 43, berkata dia teruja apabila dapat memeriahkan kejohanan liga berkenaan bersama lebih 30,000 orang yang hadir ke stadium.

“Sudah lama saya tidak melihat kehadiran penonton di Stadium Darul Makmur dan ia mengingatkan saya kepada kehadiran penonton ketika memberikan sokongan kepada skuad Pahang dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

“Saya percaya penganjuran liga ini bukan sahaja meningkatkan kualiti pemain bola sepak di Pahang, malah melahirkan pemain yang berbakat dan berwibawa,” katanya.

Hanapi Mat Ripin, 52, pula berterima kasih kepada kerajaan Pahang di atas inisiatif penganjuran liga bola sepak itu yang membabitkan penyertaan seluruh daerah di Pahang.

“Saya mengharapkan penganjuran liga ini mencapai objektif dan menarik minat rakyat Pahang untuk bersama memberikan sokongan.

Related Posts

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

ALOR SETAR – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah menyelesaikan sepenuhnya pembekalan 8,275 tan metrik baja urea bagi kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), lebih awal daripada tempoh ditetapkan. NAFAS memaklumkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

BALING – Taktik sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi yang memilih lokasi terpencil di sebuah ladang kelapa sawit di Kuala Ketil, di sini gagal apabila kegiatan itu terbongkar pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar