Tiada kaitan antara foto rasmi Jemaah Menteri dengan pembubaran Parlimen

PUTRAJAYA – Sesi fotografi rasmi yang melibatkan Perdana Menteri dan anggota Jemaah Menteri hari ini tidak mempunyai sebarang hubungan dengan spekulasi pembubaran Parlimen seperti yang tular di media sosial.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, rakaman gambar rasmi itu dibuat bagi melengkapkan dokumentasi Kabinet selepas pelantikan beberapa anggota baharu susulan rombakan pentadbiran yang dilaksanakan pada Disember tahun lalu.

Menurut beliau, sehingga kini kerajaan belum berpeluang mengadakan sesi fotografi rasmi yang membabitkan keseluruhan anggota Jemaah Menteri dalam komposisi terbaharu.

“Perdana Menteri ada memaklumkan bahawa memang ada hasrat untuk mengambil gambar rasmi Jemaah Menteri kerana terdapat anggota baharu yang dilantik selepas rombakan Kabinet sebelum ini.

“Sebelum ini juga pernah diadakan sesi bergambar rasmi dengan konfigurasi Jemaah Menteri yang terdahulu, jadi perkara ini adalah amalan biasa dan tidak mempunyai kaitan dengan pembubaran Parlimen,” katanya pada sidang media mingguan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan yang mengaitkan sesi bergambar tersebut dengan kemungkinan pilihan raya umum akan diadakan dalam masa terdekat.

Fahmi menjelaskan bahawa pemilihan tarikh sesi fotografi berkenaan dibuat bersempena kehadiran anggota Kabinet ke Putrajaya bagi menghadiri Istiadat Perbarisan Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, keadaan itu memudahkan urusan kerana semua anggota Jemaah Menteri hadir dengan pakaian istiadat rasmi yang lengkap.

“Jabatan Perdana Menteri berpendapat hari ini adalah masa yang sesuai untuk mengambil gambar rasmi itu kerana semua anggota Jemaah Menteri hadir dengan pakaian nombor satu.

“Jadi tidak timbul sebarang isu atau petanda kepada pembubaran Parlimen. Ia sekadar satu urusan rasmi yang lazim dilakukan,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa sesi fotografi tersebut hanyalah sebahagian daripada urusan pentadbiran kerajaan dan tidak wajar ditafsirkan sebagai petunjuk kepada sebarang keputusan politik berkaitan kedudukan Parlimen.

Related Posts

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PENYELESAIAN kes saman antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Solahuddin Hashim, tidak seharusnya berakhir dengan penarikan balik tindakan undang-undang semata-mata. Naib Presiden Parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

SHAH ALAM – Status Perikatan Nasional (PN) sebagai gabungan politik menjadi persoalan selepas tular beberapa dokumen yang didakwa dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) berkaitan pendaftaran gabungan itu. Antara dokumen…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Murid Tahun Empat meninggal dunia selepas digilis lori

Murid Tahun Empat meninggal dunia selepas digilis lori

‘Ketika di atas tunduk, bila di bawah bongkak’ – Peja

‘Ketika di atas tunduk, bila di bawah bongkak’ – Peja

Mayat pekerja tongkang ditemukan tidak sempurna di parit ladang sawit

Mayat pekerja tongkang ditemukan tidak sempurna di parit ladang sawit

PRN Melaka: Tiga penjuru masih dalam percaturan – Penganalisis

PRN Melaka: Tiga penjuru masih dalam percaturan – Penganalisis

PN digantung: Ujian pertama Samsuri bukan sekadar menukar wajah kepimpinan

PN digantung: Ujian pertama Samsuri bukan sekadar menukar wajah kepimpinan

Pas akui ada kekuatan tapi masih mahu bersama ‘abang long’ UMNO di PRN Melaka

Pas akui ada kekuatan tapi masih mahu bersama ‘abang long’ UMNO di PRN Melaka