PM tegas terhadap pelanggaran undang-undang warga asing dalam sektor perniagaan

PUTRAJAYA – Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk pelanggaran undang-undang yang melibatkan penyalahgunaan lesen, visa atau kemudahan perniagaan, termasuk yang berkaitan dengan pembabitan warga asing dalam sektor perniagaan tempatan.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membangkitkan perkara tersebut dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini susulan aduan yang diterima mengenai dakwaan penguasaan aktiviti perniagaan tempatan oleh warga asing.

Menurut beliau, Perdana Menteri menegaskan supaya pihak berkuasa mengambil tindakan penguatkuasaan yang sewajarnya terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar peraturan sedia ada.

“Perdana Menteri turut membangkitkan isu aduan berkaitan dakwaan pengambilalihan aktiviti perniagaan tempatan oleh warga asing.

“Beliau mengarahkan tindakan penguatkuasaan tegas diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar peruntukan undang-undang serta menyalahgunakan lesen, visa atau kemudahan perniagaan yang diperuntukkan, termasuk kepada warganegara Malaysia,” katanya pada sidang media mingguan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian kerajaan berhubung dakwaan berlakunya penguasaan aktiviti ekonomi tempatan oleh warga asing di beberapa kawasan.

Mengulas mengenai petisyen dalam talian yang menggesa pelarian Rohingya meninggalkan negara ini, Fahmi menjelaskan bahawa isu tersebut tidak dibincangkan secara khusus oleh Perdana Menteri dalam mesyuarat Kabinet.

Sebaliknya, katanya, Anwar hanya merujuk kepada aduan umum yang diterima kerajaan berkaitan penglibatan warga asing dalam aktiviti perniagaan.

“Perdana Menteri tidak menyebut mana-mana kumpulan secara khusus, sebaliknya merujuk kepada aduan berkaitan fenomena itu.

“Kita serahkan kepada pihak berkuasa berkaitan untuk bertindak mengikut undang-undang dan kita mengingatkan semua peniaga supaya sentiasa mematuhi peraturan, khususnya mereka yang mempunyai lesen untuk menjalankan aktiviti perniagaan,” katanya.

Sebelum ini, Persatuan Kebajikan Surplus Pulau Pinang menyatakan kebimbangan terhadap peningkatan jumlah pelarian Rohingya di beberapa lokasi yang didakwa memberi kesan kepada kesejahteraan masyarakat setempat.

Pengerusinya, Sophian Mohd Zain dilaporkan berkata, isu berkenaan masih berlarutan berikutan belum wujud mekanisme penyelesaian jangka panjang yang jelas untuk menangani cabaran berkaitan komuniti pelarian.

Beliau turut mempersoalkan bagaimana sebahagian pelarian mampu mengendalikan perniagaan dan memiliki sumber kewangan yang kukuh walaupun status mereka di negara ini adalah sebagai pelarian.

Related Posts

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PENYELESAIAN kes saman antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Solahuddin Hashim, tidak seharusnya berakhir dengan penarikan balik tindakan undang-undang semata-mata. Naib Presiden Parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

SHAH ALAM – Status Perikatan Nasional (PN) sebagai gabungan politik menjadi persoalan selepas tular beberapa dokumen yang didakwa dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) berkaitan pendaftaran gabungan itu. Antara dokumen…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Murid Tahun Empat meninggal dunia selepas digilis lori

Murid Tahun Empat meninggal dunia selepas digilis lori

‘Ketika di atas tunduk, bila di bawah bongkak’ – Peja

‘Ketika di atas tunduk, bila di bawah bongkak’ – Peja

Mayat pekerja tongkang ditemukan tidak sempurna di parit ladang sawit

Mayat pekerja tongkang ditemukan tidak sempurna di parit ladang sawit

PRN Melaka: Tiga penjuru masih dalam percaturan – Penganalisis

PRN Melaka: Tiga penjuru masih dalam percaturan – Penganalisis

PN digantung: Ujian pertama Samsuri bukan sekadar menukar wajah kepimpinan

PN digantung: Ujian pertama Samsuri bukan sekadar menukar wajah kepimpinan

Pas akui ada kekuatan tapi masih mahu bersama ‘abang long’ UMNO di PRN Melaka

Pas akui ada kekuatan tapi masih mahu bersama ‘abang long’ UMNO di PRN Melaka