Kritik Pas tak bermaksud kritik Islam dan ulama – Mahfuz

KENYATAAN terbaharu Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa ‘Pas tidak ditenggelamkan selagi bersama Islam’, sekali lagi mengundang kritikan kerana menggambarkan seolah-olah parti itu berkait dengan agama Islam.

Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar berkata, apabila Pas menggambarkan bahawa meninggalkan parti itu seolah-olah meninggalkan perjuangan Islam, ia adalah pendekatan politik berbahaya kepada demokrasi dan keharmonian masyarakat majmuk negara ini.

Katanya, dalam politik, mengkritik Pas bukan bermakna mengkritik Islam, bahkan mengkritik Presiden Pas sendiri tidak bermakna mengkritik ulamak.

“Mengimbas kembali realiti politik Pas yang penuh percanggahan, antaranya mendakwa tidak pernah mengkhianati kerjasama politik, namun sejarah menceritakan sebaliknya.

“Rakyat masih ingat sejarah Pas pernah bekerjasama dengan DAP, kemudian bermusuh secara terbuka. Bekerjasama pula dengan Umno selepas puluhan tahun menuduh Umno merosakkan Melayu dan Islam. Kini hubungan dengan Bersatu juga mula bergolak.

“Jika hampir semua rakan politik akhirnya dituduh tidak ikhlas, rakyat berhak bertanya. Siapakah sebenarnya yang gagal membina kepercayaan dalam kerjasama politik?,” soalnya dalam satu kenyataan media semalam.

Mahfuz mengingatkan bahawa suatu ketika dahulu isu RUU355 dan hudud dijadikan simbol utama perjuangan Pas menerusi ceramah, kempen besar-besaran serta naratif bahawa agenda tersebut merupakan keutamaan parti itu.

Namun, ketika Pas berada di dalam kerajaan selama lebih 30 bulan selepas Langkah Sheraton, rakyat tidak melihat pelaksanaan besar terhadap agenda yang sering dilaungkan sebelum itu.

“Malah, isu RUU355 semakin tenggelam, hudud tidak lagi menjadi fokus utama dan rakyat juga tidak melihat reformasi besar berkaitan pentadbiran Islam yang sebelum ini dijanjikan.

“Yang berlaku sebaliknya ialah peningkatan lesen judi cabutan khas ketika Pas berada dalam kerajaan. Ini menimbulkan persoalan besar tentang keikhlasan perjuangan yang selama ini dijadikan modal politik,” katanya.

Mahfuz berkata, Islam tidak boleh diukur melalui panjangnya kenyataan politik, banyaknya petikan ayat al-Quran atau kuatnya slogan agama yang dilaungkan oleh mana-mana pihak.

Sebaliknya, katanya, Islam diukur melalui keadilan, amanah, integriti, kebijaksanaan memimpin dan kemampuan menyatukan masyarakat yang berbilang kaum dan agama.

Beliau menegaskan Islam akan terus mulia tanpa perlu disandarkan kepada mana-mana parti politik, manakala tiada parti politik yang maksum hanya kerana menggunakan dalil agama dalam setiap tulisan dan kenyataan medianya.

“Malaysia memerlukan politik yang membawa rahmah, kestabilan dan perpaduan, bukannya politik yang memonopoli agama untuk menghalalkan setiap keputusan parti,” katanya.

Related Posts

Had umur 16 tahun media sosial wajar lindungi remaja dari ancaman siber – Dr Haryati

KOTA KINABALU – Pelaksanaan had umur minimum 16 tahun bagi pendaftaran akaun media sosial merupakan langkah wajar untuk melindungi remaja daripada pelbagai ancaman siber. Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis perjelaskan kehadiran anggota di kediaman rasmi Tunku Besar Tampin

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan penugasan anggota di sekitar Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin hari ini dilaksanakan bagi menjamin keselamatan orang ramai serta memastikan ketenteraman awam terus terpelihara. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

2 tahun terajui LPKP Sabah, Vivian bangga pelbagai pembaharuan berjaya dilaksana

2 tahun terajui LPKP Sabah, Vivian bangga pelbagai pembaharuan berjaya dilaksana

Mengenali, memahami keistimewaan surah Al-Mulk

Mengenali, memahami keistimewaan surah Al-Mulk

Ops Tiris 4.0: Kegiatan seleweng diesel tumpas

Ops Tiris 4.0: Kegiatan seleweng diesel tumpas

Projek naik taraf Tamu Donggongon, Kepayan Square, manfaat besar untuk komuniti Penampang

Projek naik taraf Tamu Donggongon, Kepayan Square, manfaat besar untuk komuniti Penampang

UNIMAP wakili Malaysia dalam projek penyelidikan Kesatuan Eropah

UNIMAP wakili Malaysia dalam projek penyelidikan Kesatuan Eropah

Had umur 16 tahun media sosial wajar lindungi remaja dari ancaman siber – Dr Haryati

Had umur 16 tahun media sosial wajar lindungi remaja dari ancaman siber – Dr Haryati