Malaysia, Indonesia perkukuh komitmen tingkatkan perdagangan intra-ASEAN

JAKARTA – Malaysia dan Indonesia menekankan kepentingan memperkukuh perdagangan serta pelaburan dalam kalangan negara anggota ASEAN bagi meningkatkan daya tahan ekonomi serantau berdepan ketidaktentuan ekonomi global.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, perkara tersebut antara fokus utama yang dibincangkan dalam Mesyuarat Suruhanjaya Bersama Kerjasama Dua Hala Malaysia-Indonesia (JCBC) Ke-17 bersama Menteri Luar Indonesia, Sugiono, yang berlangsung di Jakarta.

Menurut beliau, pemimpin negara anggota ASEAN berhasrat untuk mempertingkatkan perdagangan intra-ASEAN memandangkan hubungan perdagangan negara-negara anggota dengan negara luar masih jauh lebih tinggi berbanding perdagangan sesama anggota blok serantau itu.

“Hasrat pemimpin-pemimpin negara ASEAN mahu melihat supaya perdagangan intra-ASEAN ini dipertingkatkan. Kita banyak berdagang dengan negara di luar ASEAN.

“Perdagangan antara negara ASEAN ini tidak sampai 25 peratus. Bagaimana cara untuk kita mempertingkatkan perdagangan dan pelaburan sesama kita dalam ASEAN?” katanya lapor Bernama.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama rakan sejawatnya selepas mesyuarat berkenaan.

Mohamad berkata, ASEAN perlu mengambil pengajaran daripada pelbagai konflik dan ketidaktentuan geopolitik yang berlaku di peringkat antarabangsa, termasuk krisis di Asia Barat serta konflik antara Rusia dan Ukraine.

Menurut beliau, situasi tersebut memperlihatkan kepentingan memperkukuh kerjasama ekonomi serantau agar negara anggota lebih bersedia menghadapi cabaran global pada masa hadapan.

“Maka hasrat pemimpin ini perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin supaya perdagangan antara negara ASEAN dipertingkatkan dan yang mendapat kebaikannya nanti adalah rakyat kita,” katanya.

Selain aspek perdagangan dan pelaburan, perbincangan turut menyentuh usaha meningkatkan kesalinghubungan antara negara anggota ASEAN serta memudah cara pergerakan rakyat di rantau ini.

Langkah tersebut dilihat penting dalam memperkukuh integrasi serantau dan memperluas manfaat kerjasama ASEAN kepada masyarakat di negara anggota secara lebih menyeluruh.

Related Posts

Isu sempadan Malaysia-Indonesia hampiri penyelesaian

JAKARTA – Malaysia dan Indonesia mencapai perkembangan positif dalam beberapa isu lama berkaitan sempadan darat dan maritim yang dijangka dibawa ke Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia untuk dimuktamadkan oleh pemimpin kedua-dua negara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC kenakan kompaun RM200,000 terhadap penyebar maklumat palsu

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengenakan kompaun berjumlah RM200,000 terhadap lapan individu yang didapati menyebarkan hantaran palsu berkaitan krisis bekalan global melalui pelbagai platform media sosial.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

KKM sokong penuh advokasi DPPM, utamakan pendekatan berperikemanusiaan

KKM sokong penuh advokasi DPPM, utamakan pendekatan berperikemanusiaan

City nafi Haaland minat ke Real Madrid

City nafi Haaland minat ke Real Madrid

Lelaki Rohingya mengaku tidak bersalah sebabkan kematian penunggang motosikal

Lelaki Rohingya mengaku tidak bersalah sebabkan kematian penunggang motosikal

Miliki hampir 20,000 liter diesel tanpa permit, lapan didakwa

Miliki hampir 20,000 liter diesel tanpa permit, lapan didakwa

Isu sempadan Malaysia-Indonesia hampiri penyelesaian

Isu sempadan Malaysia-Indonesia hampiri penyelesaian