KKM beri amaran premis kesihatan tidak berlesen, penguatkuasaan akan diperhebat

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) memberi amaran bahawa sebarang penyediaan perkhidmatan jagaan kesihatan hanya boleh dijalankan di premis yang berdaftar atau berlesen di bawah Akta 586.

Kementerian itu menerusi kenyataan memaklunkan, penyediaan perkhidmatan jagaan kesihatan di premis tidak berdaftar atau tidak berlesen merupakan suatu kesalahan di bawah Akta 586

Menurutnya, sekiranya disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau penjara sehingga enam tahun atau kedua-duanya sekali.

“KKM akan mempertingkat dan memperhebatkan penguatkuasaan terhadap premis yang menjalankan perkhidmatan jagaan kesihatan tanpa pendaftaran atau lesen sah di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586).

“Ia susulan peningkatan aduan yang diterima sejak lima tahun kebelakangan ini. Setakat ini, sebanyak 70 kes sedang atau telah dibawa untuk pendakwaan di mahkamah,” kata kenyataan tersebut.

Mengulas lanjut, KKM berkata, pihaknya menerima peningkatan aduan dan pertanyaan berkaitan dakwaan aktiviti rawatan atau perkhidmatan jagaan kesihatan yang dijalankan di premis tidak berdaftar atau tidak berlesen, termasuk yang melibatkan perkhidmatan perubatan estetik.

Menurut kementerian itu, sepanjang tempoh 2021 hingga kini, lebih 1,020 aduan diterima berhubung perkhidmatan jagaan kesihatan yang beroperasi di premis tidak berdaftar atau tidak berlesen, dengan jumlah aduan menunjukkan peningkatan setiap tahun.

“Peningkatan aduan ini mencerminkan kebimbangan orang awam terhadap isu berkenaan serta kekhuatiran mengenai kelayakan individu yang menyediakan perkhidmatan tersebut.

“Susulan aduan yang diterima, KKM telah melaksanakan 320 serbuan ke atas premis yang disyaki beroperasi tanpa pendaftaran atau lesen sah. Daripada jumlah itu, sebanyak 126 kertas siasatan dibuka manakala 194 kes dikenakan tindakan amaran dan teguran,” katanya.

Justeru, KKM menegaskan bahawa aktiviti penguatkuasaan di bawah Akta 586 akan diteruskan secara berterusan menerusi pendekatan pemantauan, siasatan termasuk pengintipan berasaskan aduan serta tindakan penguatkuasaan berfokus.

Selain itu, kementerian berkenaan turut memperkukuhkan koordinasi operasi bersama Jabatan Kesihatan Negeri dan agensi penguatkuasaan berkaitan bagi memastikan tindakan yang lebih berkesan dapat dilaksanakan

“KKM telah merangka tindakan penguatkuasaan bersepadu bersama Jabatan Kesihatan Negeri serta agensi penguatkuasaan berkaitan sebagai respons terhadap aduan yang diterima.

“Orang ramai serta profesional kesihatan turut digalakkan menyalurkan maklumat atau aduan melalui saluran rasmi di ckaps@moh.gov.my bagi membolehkan tindakan susulan diambil secara berhemah dan berasaskan bukti,” katanya.

KKM turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa peka terhadap nasihat dan kenyataan rasmi yang dikeluarkan kementerian berkaitan penyediaan perkhidmatan jagaan kesihatan di premis tidak berdaftar atau tidak berlesen.

“Keselamatan pesakit dan orang awam serta kualiti perkhidmatan jagaan kesihatan kekal menjadi keutamaan yang perlu dipelihara dan dipertanggungjawabkan bersama oleh semua pihak,” katanya.

Related Posts

TH raih dua anugerah berprestij pengurusan hartanah

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) terus memperkukuh reputasinya dalam pengurusan aset apabila dua hartanah ikonik miliknya, Menara TH Tun Razak dan Menara Bank Islam, meraih pengiktirafan berprestij pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Integriti, akauntabiliti dalam tadbir urus institusi agama diperkukuh

PUTRAJAYA – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bertekad memperkukuh tadbir urus institusi agama berteraskan integriti, akauntabiliti dan kesejahteraan rakyat selaras dengan titah Sultan Nazrin Shah agar negara Islam mengamalkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tok Mat sangkal dakwaan Hamzah, tidak wujud gabungan Perikatan Barisan Nasional

Tok Mat sangkal dakwaan Hamzah, tidak wujud gabungan Perikatan Barisan Nasional

Harimau belang betina 94kg ditangkap, ganggu ternakan

Harimau belang betina 94kg ditangkap, ganggu ternakan

Harga minyak dunia lepasi AS$100 setong

Harga minyak dunia lepasi AS$100 setong

‘Ibarat bercakap dengan batu’, penduduk kecewa tuntutan bina Hospital Gemas diabaikan Ridzuan 

‘Ibarat bercakap dengan batu’, penduduk kecewa tuntutan bina Hospital Gemas diabaikan Ridzuan 

Ucapan penyandang DUN Labu cetus polemik, sentuh pewarisan takhta Negeri Sembilan

Ucapan penyandang DUN Labu cetus polemik, sentuh pewarisan takhta Negeri Sembilan

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH