Hanya pertemuan biasa, Aminuddin menghadap Tuanku Muhriz hampir dua jam

Oleh: S.Abdullah dan Don Mikael

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun meluangkan hampir dua jam di Istana Hinggap di Seremban bagi menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Pertemuan itu merupakan kelaziman pada setiap hari Rabu sebelum mempengerusikan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan yang diadakan di Wisma Negeri.

Bagaimanapun, pertemuan kali ini menarik perhatian pengamal media berikutan spekulasi mengenai kemungkinan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan susulan perkembangan politik semasa.

Dalam pada itu, Aminuddin ketika ditemui pengamal media selepas mengadakan pertemuan Tuanku Muhriz memaklumkan perbincangan yang berlangsung hanyalah berkaitan urusan biasa.

“Biasa sahaja… Biasa-biasa hari Rabu,” katanya ringkas kepada media.

Sebelum ini, Aminuddin dilihat memasuki pekarangan istana kira-kira jam 9.05 pagi sebelum keluar pada jam 10.47 pagi.

Turut mengiringi Pengerusi Pakatan Harapan(PH) Negeri Sembilan itu ialah Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad.

Aminuddin dijangka  akan mengadakan sidang media selepas mesyuarat Exco pada 1.30 petang, pada Rabu.

Terdahulu, The Malaysia Press (TMP) melaporkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) bersama beberapa pemimpin parti mula hadir ke Kediaman Rasmi Menteri Besar seawal jam 9.30 pagi pada Selasa.

Kehadiran mereka dipercayai bagi menghadiri mesyuarat khas berkaitan dengan pembubaran DUN.

Bagaimanapun Setiausaha DAP Negeri Sembilan, Cha Kee Chin berkata, mesyuarat yang dipengerusikan oleh Aminuddin itu bukanlah mesyuarat khas seperti yang diperkatakan.

Related Posts

BN Melaka mahu rundingan politik dihentikan di media sosial

MELAKA – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menegaskan perundingan politik menerusi media sosial perlu dihentikan buat sementara waktu dan digantikan dengan rundingan secara bersemuka di meja perundingan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

ALOR SETAR – Polis berjaya menyelamatkan dua mangsa culik yang ditemukan dalam keadaan mata ditutup dan tangan bergari menerusi serbuan di sebuah rumah di Taman Amira, Telaga Bata, Alor Setar,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gol Pavithran bawa Malaysia ke separuh akhir Piala ASEAN

Gol Pavithran bawa Malaysia ke separuh akhir Piala ASEAN

BN Melaka mahu rundingan politik dihentikan di media sosial

BN Melaka mahu rundingan politik dihentikan di media sosial

JPM Hal Ehwal Agama junjung titah Agong mengenai RCI Tabung Haji

JPM Hal Ehwal Agama junjung titah Agong mengenai RCI Tabung Haji

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi