Bayaran khas interim Sabah naik ke RM1.5 bilion, bukti komitmen Persekutuan – Wanita Gagasan Rakyat

KOTA KINABALU – Pergerakan Wanita Gagasan Rakyat Sabah menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berhubung peningkatan Bayaran Khas Interim kepada Sabah daripada RM600 juta kepada RM1.5 bilion.

Ketua Pergerakan Wanita Gagasan Rakyat Sabah, Datuk Redonah Bahanda berkata, peningkatan signifikan itu mencerminkan kesungguhan Kerajaan Persekutuan dalam menghormati semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), di samping memperkukuhkan kedudukan kewangan negeri.

“Keputusan tersebut juga membuktikan pendekatan rundingan berterusan oleh kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri, Hajiji Noor telah membuahkan hasil yang memberi manfaat kepada rakyat Sabah,” katanya dalam kenyataan media, pada Selasa.

“Saya juga ingin tegaskan bayaran khas interim itu bukan pengganti kepada hak perlembagaan Sabah di bawah Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan berkaitan tuntutan 40 peratus hasil bersih yang dikutip Kerajaan Persekutuan dari negeri ini.

“Wanita Gagasan Rakyat kekal konsisten menyokong usaha Kerajaan Negeri dalam memperjuangkan pelaksanaan penuh hak 40 peratus Sabah melalui rundingan berhemah dan konstruktif.

“Peningkatan peruntukan tersebut dijangka mempercepat pelaksanaan pelbagai projek pembangunan serta inisiatif kebajikan rakyat, khususnya melibatkan bekalan air, infrastruktur asas, pendidikan, kesihatan dan pembangunan luar bandar,” katanya.

Tambah Redonah, Wanita Gagasan Rakyat, akan terus berdiri teguh bersama kerajaan negeri dalam memastikan hak Sabah terus diperjuangkan tanpa mengabaikan keperluan pembangunan dan kebajikan rakyat.

Beliau turut berharap peruntukan tambahan itu dapat dimanfaatkan secara telus, berkesan dan strategik agar manfaatnya dapat dirasai rakyat di seluruh Sabah.

Related Posts

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

TENOM – Program kebun sekolah yang bertujuan memupuk kesedaran terhadap keterjaminan makanan serta keusahawanan pertanian dalam kalangan pelajar dijangka diperluaskan secara besar-besaran di seluruh Sabah bermula tahun hadapan. Menteri Pertanian,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bersama isteri, Datin Seri Juliah Salag menghadiri Majlis Kesyukuran Doa Akhir Tahun 1447 Hijrah dan Doa Awal Tahun Baharu Hijrah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

Jangan manipulasi fakta!

Jangan manipulasi fakta!

Malaysia, Timor-Leste tingkatkan kerjasama strategik pelbagai sektor – PM

Malaysia, Timor-Leste tingkatkan kerjasama strategik pelbagai sektor – PM

Kehadiran Parti Wawasan Negara jadi pembakar semangat PH – Fahmi

Kehadiran Parti Wawasan Negara jadi pembakar semangat PH – Fahmi