Gejala sosial remaja makin parah, tubuhkan Majlis Tindakan Khas Nasional – MAPIM

SUNGAI PETANI – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) melahirkan kebimbangan terhadap peningkatan gejala sosial dalam kalangan remaja dan menggesa kerajaan menubuhkan Majlis Tindakan Khas Nasional bagi menangani isu itu secara menyeluruh.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, memorandum yang mengandungi cadangan penubuhan majlis tindakan tersebut bersama enam lagi tuntutan akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat.

Menurut beliau, memorandum berkenaan turut mendapat sokongan kira-kira 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Penubuhan majlis tindakan khas ini penting bagi menyelaras usaha menangani pelbagai gejala sosial yang semakin membimbangkan termasuk penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang seperti vape mengandungi ‘magic mushroom’, budaya rempit serta pelbagai bentuk keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja.

“Kita mahu tindakan yang lebih jelas dan bersepadu daripada kerajaan kerana isu ini semakin serius. Apa yang berlaku ketika ini bukan lagi sekadar isu disiplin remaja, sebaliknya telah berkembang menjadi isu keselamatan sosial dan masa depan negara,” katanya ketika ditemui di Pejabat MAPIM di sini semalam.

Beliau berkata, pihaknya berpandangan faktor utama yang menyumbang kepada keadaan itu termasuk kelemahan institusi keluarga, pengaruh media sosial yang tidak terkawal, tekanan hidup, kehilangan sistem nilai serta ketiadaan ekosistem pembangunan belia yang berkesan.

“Sehubungan itu, MAPIM menggesa kerajaan mewujudkan satu mekanisme tindakan nasional yang melibatkan semua kementerian, agensi berkaitan, institusi pendidikan, pihak berkuasa agama, NGO serta komuniti setempat bagi menangani isu ini secara holistik,” ujarnya.

Menurut beliau, selain penubuhan Majlis Tindakan Khas Nasional, pihaknya turut mengemukakan enam tuntutan lain iaitu penguatkuasaan lebih tegas terhadap sindiket pengedaran bahan berbahaya, audit nasional program belia, pemerkasaan masjid dan surau, pelaksanaan program intervensi awal, kawalan kandungan digital serta penyediaan dana pembangunan belia komuniti.

“Banyak peruntukan telah dibelanjakan untuk pelbagai program, namun keberkesanannya perlu dinilai semula bagi memastikan masalah yang berlaku ketika ini dapat ditangani dengan lebih berkesan,” katanya.

Katanya, masjid dan surau perlu diperkasakan sebagai pusat pembangunan sahsiah serta kepimpinan belia di peringkat akar umbi.

Beliau turut menegaskan bahawa aspek kawalan kandungan digital perlu diberi perhatian serius memandangkan platform digital kini menjadi antara medium utama yang mempengaruhi tingkah laku remaja.

Related Posts

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

KUALA LUMPUR – Kementerian Ekonomi sedia meneliti mekanisme baharu bagi meningkatkan ketelusan tawaran gaji bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara diterjemahkan kepada pulangan yang lebih adil kepada pekerja. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi tulisan terbaharunya bertajuk ‘Penyelesaian Yang Gagal‘ melontarkan kritikan keras terhadap pentadbiran Kerajaan Perpaduan. Kritikan tersebut menggambarkan Pakatan Harapan (PH) sebagai gabungan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit