Bekalan gas negara masih stabil, tiada gangguan kepada industri

KUALA LUMPUR – Bekalan gas negara kekal stabil dan mencukupi untuk memenuhi keperluan semasa, sekali gus memastikan sektor tenaga dan industri terus beroperasi tanpa sebarang gangguan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Chang Lih Kang berkata, kerajaan sentiasa memantau kedudukan bekalan gas negara dan setakat ini tidak terdapat petunjuk yang menunjukkan situasi membimbangkan.

Beliau berkata, Malaysia turut berada dalam kedudukan yang lebih selesa kerana sebahagian besar keperluan gas bagi penjanaan elektrik diperoleh daripada sumber tempatan.

“Setahu saya, untuk penjanaan elektrik dalam Malaysia 80 peratus (datang dari sumber) domestik… jadi, kita tidak terlalu bergantung pada bekalan luar… buat masa sekarang, memang bekalan cukup dan kita tidak perlu bimbang sangat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan inisiatif Revolutionising Industry with Graphene di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Gas Malaysia Bhd (Gas Malaysia), Azli Mohamed berkata, operasi industri gas di negara ini berjalan lancar dengan bekalan yang diterima daripada Petroliam Nasional Bhd (Petronas) kekal mencukupi.

Beliau berkata, pergantungan Malaysia terhadap bekalan gas dari rantau Asia Barat adalah minimum, sekali gus mengurangkan risiko gangguan bekalan akibat ketidaktentuan geopolitik di rantau berkenaan.

“Kita tidak terlalu bergantung kepada bekalan dari Asia Barat… jadi secara dasarnya, sektor industri tidak berdepan dengan masalah dari segi keperluan… kita boleh bekalkan kepada 1,000 lebih pelanggan kita,” katanya.

Namun, Azli menjelaskan bahawa cabaran yang dihadapi industri ketika ini lebih berkait dengan faktor luaran seperti peningkatan kos logistik dan gangguan rantaian bekalan global.

Beliau berkata, beberapa sektor termasuk industri getah masih bergantung kepada import bahan mentah dari Korea dan China, yang boleh memberi kesan kepada kos serta kelancaran operasi pengeluaran.

Related Posts

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

KUALA LUMPUR – Kementerian Ekonomi sedia meneliti mekanisme baharu bagi meningkatkan ketelusan tawaran gaji bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara diterjemahkan kepada pulangan yang lebih adil kepada pekerja. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi tulisan terbaharunya bertajuk ‘Penyelesaian Yang Gagal‘ melontarkan kritikan keras terhadap pentadbiran Kerajaan Perpaduan. Kritikan tersebut menggambarkan Pakatan Harapan (PH) sebagai gabungan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit