Perlu lebih ramai calon wanita dalam PRN Johor – Noraini

PUTRAJAYA – Wanita Barisan Nasional (BN) harap lebih ramai wanita diberi peluang untuk diketengahkan sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang bagi memperkasa penyertaan golongan itu dalam arena politik.

Pengerusi Wanita BN, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, pihaknya sentiasa menyokong segala usaha bagi meningkatkan pembabitan wanita dan mengharapkan agar penyertaan golongan itu mendapat pertimbangan BN Negeri Johor dan BN Pusat.

Menurut beliau, perwakilan wanita dalam kalangan wakil rakyat BN di Johor adalah tertinggi yang dibuktikan sekitar 26 peratus wakil rakyat wanita daripada gabungan parti itu memenangi kerusi pada pilihan raya lepas.

“Semestinya kami Wanita BN memang mahukan supaya calon-calon wanita dapat diketengahkan sebab sekarang Johor adalah antara negeri yang mempunyai (wakil rakyat) wanita BN paling tinggi.

“Sekarang calon wanita yang menang (pada PRN Johor sebelum ini), iaitu (menjadi) wakil rakyat ialah sebanyak 26 peratus,” katanya ketika ditemui selepas melawat Klang Valley Distribution Terminal (KVDT), pada Rabu.

Mengulas lanjut, Noraini yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, usaha untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam PRN Johor juga akan dibincangkan bersama kepimpinan tertinggi parti.

“Kita akan berbincang dengan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Presiden (UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi), sudah ada perbincangan.

“Kita cuba nak sampaikan sasaran kita sebab sekarang ini paling tidak, paling tinggi yang kita dapat ialah 26 peratus dan kita harap dapat kekalkan atau tingkatkan lebih daripada 26 peratus itu,” katanya.

Ditanya sama ada sudah ada senarai nama calon bagi PRN Johor, Noraini berkata, senarai nama itu sudah ada namun, ia perlu mendapat kelulusan BN Johor dan BN Pusat.

“Ada dah (senarai nama calon),” katanya ringkas.

Sebelum ini, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan DUN Johor dibubarkan berkuat kuasa Isnin lalu bagi memberi laluan kepada PRN ke-16.

Related Posts

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

KUALA LUMPUR – Kementerian Ekonomi sedia meneliti mekanisme baharu bagi meningkatkan ketelusan tawaran gaji bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara diterjemahkan kepada pulangan yang lebih adil kepada pekerja. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi tulisan terbaharunya bertajuk ‘Penyelesaian Yang Gagal‘ melontarkan kritikan keras terhadap pentadbiran Kerajaan Perpaduan. Kritikan tersebut menggambarkan Pakatan Harapan (PH) sebagai gabungan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit