Gayu Guru Gerai Nyamai: Persiapan Gawai penuh semangat kekeluargaan, lambang keharmonian

SERIAN – Bahang sambutan Hari Gawai semakin dirasai apabila pelbagai persiapan giat dilakukan oleh masyarakat Dayak di seluruh Sarawak, khususnya dalam kalangan keluarga dan komuniti rumah panjang.

Daripada kerja menghias bilik, membersihkan kawasan persekitaran, menyediakan juadah tradisional hinggalah kepada latihan tarian kebudayaan dan muzik tradisi, semuanya dilaksanakan dengan penuh semangat gotong-royong serta rasa kebersamaan yang utuh.

Menurut seorang usahawan, Lucia Japong, 29, menjelang perayaan yang penuh bermakna ini, ahli keluarga yang berada jauh di perantauan sudah mula pulang ke kampung halaman untuk meraikan Hari Gawai bersama-sama insan tersayang.

Suasana menjadi semakin meriah dengan persiapan pakaian tradisional serta penyediaan kuih-muih, lemang, manuk pansuh dan pelbagai hidangan istimewa yang menjadi simbol adat serta warisan turun-temurun masyarakat Dayak.

“Hari Gawai bukan sekadar perayaan semata-mata, tetapi turut melambangkan tanda kesyukuran atas hasil tuaian, perpaduan masyarakat serta usaha memelihara budaya agar terus diwarisi oleh generasi akan datang,” katanya.

Lebih manis, semangat ‘Segulai Sejalai’ (berjalan seiringan dan bersatu padu) jelas terpancar melalui kerjasama masyarakat termasuk jiran tetangga berbilang kaum dalam memastikan setiap persiapan berjalan lancar.

Nilai toleransi ini mencerminkan keutuhan keharmonian di Sarawak demi menyambut sanak saudara dan tetamu dalam suasana penuh kemeriahan serta muhibah.

Related Posts

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

TENOM – Program kebun sekolah yang bertujuan memupuk kesedaran terhadap keterjaminan makanan serta keusahawanan pertanian dalam kalangan pelajar dijangka diperluaskan secara besar-besaran di seluruh Sabah bermula tahun hadapan. Menteri Pertanian,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bersama isteri, Datin Seri Juliah Salag menghadiri Majlis Kesyukuran Doa Akhir Tahun 1447 Hijrah dan Doa Awal Tahun Baharu Hijrah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

Jangan manipulasi fakta!

Jangan manipulasi fakta!

Malaysia, Timor-Leste tingkatkan kerjasama strategik pelbagai sektor – PM

Malaysia, Timor-Leste tingkatkan kerjasama strategik pelbagai sektor – PM

Kehadiran Parti Wawasan Negara jadi pembakar semangat PH – Fahmi

Kehadiran Parti Wawasan Negara jadi pembakar semangat PH – Fahmi