JHEAINS pandang serius sebarang usaha sebar ajaran sesat di Sabah – Mohd Ariffin

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) memandang serius dalam sebarang usaha untuk menyebarkan mana-mana ajaran yang telah pun difatwakan salah, sesat dan menyeleweng daripada pegangan aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah yang telah diwartakan di Negeri Sabah pada tahun 2019.

Exco Agama Negeri Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Datuk Mohd Arif berkata, susulan aduan awam yang diterima, Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah (BPUUS) JHEAINS telah menjalankan operasi pada 31 Mei 2026 di dewan sebuah sekolah menengah di Kota Kinabalu mengenai Program Jalsa Salana Wilayah Sabah Kali Ke-32 yang dikendalikan oleh Jamaat Ahmadiyah Muslim Malaysia (JAMM) yang juga berkait dengan ajaran Ahmadiyah Qadiani.

“Seramai 52 anggota Pegawai Penguat Kuasa Agama (PPA) JHEAINS telah diarahkan untuk melaksanakan operasi tersebut dengan bantuan pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) seramai 25 anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu bagi mengawal keselamatan.

“Hasil operasi yang dijalankan mendapati program tersebut telah pun berlangsung selama tiga (3) hari bermula 29hb sehingga 31hb Mei 2026 dan dianggarkan telah dihadiri hampir 300 orang peserta dari seluruh negeri Sabah,” ujarnya.

Menurut Mohd Arifin yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, pelbagai bahan penerbitan, dokumen serta bahan promosi berkaitan dengan ajaran Ahmadiyah Qadiani telah dipamerkan dalam dewan sepanjang program berlangsung. Kesemua bahan berkaitan telah diambil tindakan mengikut peruntukan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sabah 1995 dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Ajaran Ahmadiyah Qadiani telah difatwakan sebagai sesat dan menyeleweng oleh Majlis Fatwa Negeri Sabah pada tahun 2006 serta diwartakan pada tahun 2007.

“Justeru, umat Islam di negeri ini hendaklah berwaspada dan menjauhi sebarang bentuk penyebaran fahaman yang boleh menjejaskan kesucian akidah Islam,” kongsinya.

Dalam pada itu, Mohd Arifin turut menzahirkan penghargaan kepada agensi-agensi yang terlibat antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM) Negeri Sabah.

“Setinggi penghargaan khususnya PDRM daerah Kota Kinabalu atas kerjasama dalam memastikan kawalan keselamatan semsa operasi dijalankan terlaksana dengan baik lancer dan seterusnya bersama-sama membantu membanteras penyebaran ajaran yang bercanggah dengan akidah Islam di negeri ini.

“Kerajaan Negeri melalui JHEAINS akan terus komited memperkukuh usaha pemantauan, penguatkuasaan dan pendidikan bagi memastikan kesucian akidah umat Islam sentiasa terpelihara serta keharmonian masyarakat terus terjamin,” kongsinya.

Related Posts

Pengampunan bersyarat Najib bukan keputusan PM, PH – Fadhlina

KETUA Wanita PKR, Datuk Seri Fadhlina Sidek menegaskan jangan kerana perbezaan politik, ada pihak cuba menggambarkan keputusan tahanan rumah untuk Datuk Seri Najib Razak seolah-olah keputusan Perdana Menteri atau Pakatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hasbi mahu Teluk Brunei jadi venue sukan air antarabangsa

LIMBANG – Teluk Brunei berpotensi dibangunkan sebagai lokasi penganjuran sukan air bertaraf antarabangsa sekali gus meletakkan kawasan utara Sarawak sebagai antara destinasi sukan air terkenal dunia. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengampunan bersyarat Najib bukan keputusan PM, PH – Fadhlina

Pengampunan bersyarat Najib bukan keputusan PM, PH – Fadhlina

Hasbi mahu Teluk Brunei jadi venue sukan air antarabangsa

Hasbi mahu Teluk Brunei jadi venue sukan air antarabangsa

Pesawah mengeluh, mula ‘tawar hati’ untuk tanam padi

Pesawah mengeluh, mula ‘tawar hati’ untuk tanam padi

Pesta Limbang 2026 catat jualan hampir RM1 juta, tarik 30,000 pengunjung

Pesta Limbang 2026 catat jualan hampir RM1 juta, tarik 30,000 pengunjung

AMK tolak gesaan bubar Parlimen, dakwa Kerajaan MADANI masih stabil

AMK tolak gesaan bubar Parlimen, dakwa Kerajaan MADANI masih stabil

PMK perkukuh komunikasi dua hala kerajaan dan rakyat

PMK perkukuh komunikasi dua hala kerajaan dan rakyat