300 pemimpin, ahli jemaah Ahmadiyah Qadiani ditahan bantu siasatan

KOTA KINABALU – Seramai 300 individu termasuk 12 pemimpin utama dan penganjur Jemaah Ahmadiyah Qadiani ditahan bagi membantu siasatan dalam satu operasi penguatkuasaan yang dijalankan secara bersama oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Dewan SM Lok Yuk, Likas hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden Syed Lot Syed Ab Rahman berkata, operasi tersebut dilaksanakan susulan aduan awam yang diterima JHEAINS pada 28 Mei lalu berhubung penganjuran Program Jalsa Salana Wilayah Sabah yang berlangsung dari 29 hingga 31 Mei 2026.

“Hasil semakan mendapati program berkenaan dikaitkan dengan Jemaah Ahmadiyah Qadiani yang telah difatwakan sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Negeri Sabah serta diwartakan pada tahun 2007.

“Seramai 300 individu telah ditahan bagi membantu siasatan, terdiri daripada 12 pemimpin dan penganjur utama serta 288 ahli jemaah.

“Program tersebut turut dihadiri oleh kepimpinan tertinggi Jemaah Ahmadiyah Muslim Malaysia (JAMM) dan ahli-ahli dari beberapa daerah di Sabah,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Isnin.

Dalam operasi itu, pihak berkuasa turut merampas 24 ekor kambing yang dipamerkan oleh penganjur dan kepimpinan tertinggi kumpulan berkenaan, selain kira-kira 200 buah buku serta bahan bacaan berkaitan ajaran tersebut.

Turut dirampas ialah dokumen program, senarai kehadiran peserta, bahan penerbitan serta pelbagai dokumen lain yang dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti kumpulan berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 52(1), Seksyen 52A dan Seksyen 102 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sabah 1995.

Menurut kenyataan itu, semua individu yang ditahan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk tujuan dokumentasi dan siasatan lanjut oleh JHEAINS sebelum dibebaskan dengan jaminan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya mendapatkan panduan agama daripada sumber yang sahih dan diiktiraf serta merujuk pihak berkuasa agama sekiranya mempunyai sebarang keraguan berkaitan ajaran atau fahaman agama yang diajar dan disebarkan.

Pihak berkuasa turut menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang didapati menyebarkan ajaran yang menyeleweng daripada ajaran Islam.

Related Posts

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

TENOM – Program kebun sekolah yang bertujuan memupuk kesedaran terhadap keterjaminan makanan serta keusahawanan pertanian dalam kalangan pelajar dijangka diperluaskan secara besar-besaran di seluruh Sabah bermula tahun hadapan. Menteri Pertanian,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bersama isteri, Datin Seri Juliah Salag menghadiri Majlis Kesyukuran Doa Akhir Tahun 1447 Hijrah dan Doa Awal Tahun Baharu Hijrah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

Jangan manipulasi fakta!

Jangan manipulasi fakta!

Malaysia, Timor-Leste tingkatkan kerjasama strategik pelbagai sektor – PM

Malaysia, Timor-Leste tingkatkan kerjasama strategik pelbagai sektor – PM

Kehadiran Parti Wawasan Negara jadi pembakar semangat PH – Fahmi

Kehadiran Parti Wawasan Negara jadi pembakar semangat PH – Fahmi