Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

KUALA LUMPUR –  Penggunaan sistem digital dalam pembelian buku menjadikan pelaksanaan Baucar Buku MADANI merekodkan kejayaan luar biasa apabila mencatatkan kadar penebusan digunakan sepenuhnya untuk bahan bacaan

​Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kota Buku (PKB), Adibah Omar berkata, penggunaan platform dalam talian sepenuhnya menjadi benteng utama dalam mengawal selia setiap ringgit dana awam daripada disalahgunakan selain memastikan bantuan tersebut sampai kepada sasaran tanpa sebarang ketirisan.

Menurut beliau, sistem digital secara berpusat seperti itu disifatkan mampu bertindak sebagai pemudah cara yang menghubungkan para pengguna dengan ekosistem industri perbukan secara cekap dan telus.

“Penggunaan platform dalam talian sepenuhnya melalui Book Capital terbukti berjaya sebagai benteng dalam mengawal selia dana awam, sekali gus menyaksikan kira-kira 430,000 guru memanfaatkan peruntukan mereka secara bijak.

“​Langkah mengehadkan transaksi pembelian hanya di platform digital rasmi ini bertujuan menyekat sebarang ruang penyalahgunaan dan ketirisan yang sering berlaku dalam kaedah konvensional sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas sesi pembentangan kajian impak Perbadanan Kota Buku di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), pada Ahad.

Mengulas lanjut, Adibah memaklumkan, pihaknya tidak membuka kepada platform lain kerana 1,200 pembekal sudah berdaftar yang mana PKB menjadi pemudah cara dalam meningkatkan efisien dan memudahkan pihaknya mendapatkan angka yang tepat.

Beliau berkata, hasil pemerhatian PKB juga mendapati wujud cubaan untuk lakukan perkara yang tidak bertanggungjawab, tetapi tindakan awal telah diambil.

“Ia berlaku ketika awal-awal dulu, kita pastikan penebusan hanya boleh berlangsung di dalam talian. Kalau baucar fizikal di luar, kita tidak boleh tahu buku apa, siapa baca apa.

“Sebelum ini juga, terdapat kes-kes ketirisan, yang mada ada tukarkan dengan wang ataupun membawa kepada bahan-bahan lain di luar daripda dunia perbukuan.bIni yang kita tidak mahu.

“Baucar buku adalah untuk buku. Kalau kita kata nak lahirkan pembaca baharu, nak memperdayakan masyarakat, nak pastikan semua orang membaca, kita mesti pastikan setiap RM1 itu pergi kepada buku,” katanya.

Related Posts

MTPMA63 berlangsung di Sabah, Jumaat ini

KOTA KINABALU – Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada Jumaat ini, 11 September. Menteri di Jabatan Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

KUALA LUMPUR – Kajian Suara Wanita 2025/2026 membawa kepada lima hala tuju dasar yang wajar diberi perhatian kerajaan, sektor swasta dan masyarakat sivil, kata Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit