PSG kekal ‘Raja Bola sepak Eropah’ selepas kalahkan Arsenal

PARIS Saint-Germain (PSG) berjaya mempertahankan kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah selepas menewaskan Arsenal 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti di Puskas Arena, awal pagi tadi.

Kejayaan itu membolehkan PSG menjadi pasukan kedua sejak era 1992-93 yang berjaya mempertahankan gelaran Raja Bola sepak Eropah selepas Real Madrid.

Kegagalan Gabriel Magalhaes menyempurnakan sepakan penalti terakhir menyebabkan Arsenal terlepas peluang menamatkan penantian panjang memenangi kejuaraan berprestij itu buat kali pertama.

Terdahulu, kedua-dua pasukan terikat 1-1 dengan jaringan Kai Havertz meletakkan Arsenal di depan seawal minit keenam.

Gol tersebut hadir menerusi penyudah cukup berkualiti apabila bola terlepas dalam perebutan di kawasan separuh padang PSG dimanfaatkan sepenuhnya Havertz apabila dia meluru pantas ke arah gawang lawan sebelum melepaskan rembatan deras dari sudut yang agak sempit.

Bagaimanapun, PSG kembali mengikat kedudukan 1-1 apabila Khvicha Kvaratskhelia menghadiahkan sepakan penalti kepada pasukannya.

Ousmane Dembele menyempurnakan sepakan penalti itu dengan penuh tenang dan berkualiti.

Pemenang Ballon d’Or itu melepaskan rembatan padu ke penjuru gawang, menewaskan David Raya dan memastikan PSG kembali bersaing.

Bagaimanapun, kedua-dua pasukan buntu menambah jaringan sehingga tamat masa tambahan sekali gus perlawanan terpaksa ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti.

Kemenangan itu membolehkan PSG membawa pulang hadiah kemenangan €25 juta (RM115.61 juta) dan Arsenal pula berpuas hati dengan €18.5 juta (RM85.55 juta).

Related Posts

Gordon sah sertai Barcelona

BARCELONA mengesahkan ketibaan pemain sayap England, Anthony Gordon dari Newcastle United dengan nilai perpindahan mencecah 80 juta euro (RM370 juta). Kelab gergasi Sepanyol itu memaklumkan Gordon menandatangani kontrak selama lima…

Lebih lanjut

teruskan membaca
United bayar Amorim pampasan RM88.84 juta

MANCHESTER United menanggung kos sebanyak £16.7 juta (RM88.84 juta) untuk memecat bekas pengurus, Ruben Amorim bersama barisan kejurulatihannya. Laporan kewangan suku ketiga kelab itu turut mengesahkan kerugian £5.2 juta (RM27.66…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Korban jadi isu politik? Rakyat Kemaman berhak tanya soalan yang sama kepada Samsuri

Korban jadi isu politik? Rakyat Kemaman berhak tanya soalan yang sama kepada Samsuri

PSG kekal ‘Raja Bola sepak Eropah’ selepas kalahkan Arsenal

PSG kekal ‘Raja Bola sepak Eropah’ selepas kalahkan Arsenal

2 bas persiaran, 1 SUV kemalangan di Genting

2 bas persiaran, 1 SUV kemalangan di Genting

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar