Gordon sah sertai Barcelona

BARCELONA mengesahkan ketibaan pemain sayap England, Anthony Gordon dari Newcastle United dengan nilai perpindahan mencecah 80 juta euro (RM370 juta).

Kelab gergasi Sepanyol itu memaklumkan Gordon menandatangani kontrak selama lima musim sehingga 30 Jun 2031.

Pemain berusia 25 tahun itu menjaringkan 17 gol buat Newcastle musim ini – termasuk 10 dalam Liga Juara-Juara, sekali gus muncul penjaring terbanyak kelab itu.

“Sejak kecil, bermain untuk Barcelona adalah impian terbesar saya, ia kelab terbesar di dunia,” kata Gordon kepada AFP.

“Saya tahu ia hadir dengan tanggungjawab besar, tetapi saya bersedia memikul cabaran ini.

“Saya sedar ramai pemain legenda pernah menyarung jersi ini dan ia membawa makna besar, namun saya teruja menghadapinya.”

Gordon yang turut berada dalam skuad England ke Piala Dunia akan memperkuat jentera serangan Barcelona susulan pemergian penyerang veteran Poland, Robert Lewandowski.

Barcelona juga masih belum pasti dapat mengekalkan Marcus Rashford selepas tamat tempoh pinjaman dari Manchester United.

Juara La Liga itu dijangka terus aktif dalam pasaran perpindahan dengan penyerang Atletico Madrid, Julian Alvarez turut dikaitkan ke Catalunya.

Kelab itu juga tidak menolak kemungkinan cuba mendapatkan Rashford secara kekal.

Selepas beberapa musim berdepan kekangan kewangan, Barcelona mempunyai ruang lebih selesa dalam peraturan kewangan La Liga susulan pembukaan semula sebahagian stadium Camp Nou.

Related Posts

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

CHELSEA bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menewaskan Leeds 6-3 dalam aksi pusingan ketiga Piala Liga di Stamford Bridge, awal pagi tadi. Skuad bimbingan Xabi Alonso hampir tersingkir selepas gol…

Lebih lanjut

teruskan membaca
FIFA, AFC pantau pemilihan FAM

PERSEKUTUAN Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sentiasa memantau proses pemilihan jawatankuasa tertinggi badan induk bola sepak yang bernaung di bawah mereka, termasuk Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Perkara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hutang Terengganu turun, tetapi siapa yang membayarnya?

Hutang Terengganu turun, tetapi siapa yang membayarnya?

PH cakap rasuah, UMNO jawab soal Raja – AMK

PH cakap rasuah, UMNO jawab soal Raja – AMK

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3