Pahang sedia RM916,000 melalui geran usahawan STeP

BENTONG – Kerajaan Pahang menyediakan peruntukan RM916,000 melalui Geran Usahawan Makmur dan Hasil Transformasi Produk Usahawan di bawah SIRIM Technopreneur Enterprise Program (STeP) 2026 bagi meningkatkan kualiti dan daya saing produk tempatan.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, hasil tinjauan terhadap produk usahawan berkenaan menunjukkan perubahan dan penambahbaikan positif, termasuk peningkatan hasil jualan.

“Alhamdulillah mereka mendapat geran daripada kerajaan negeri kepada usahawan. Saya meninjau (reruai) tadi saya dapati ada penambahbaikan dan juga perubahan.

“Jualan mereka meningkat dan saya berharap mereka terus berusaha untuk memperbaikki produk mereka utamanya daripada segi pembungkusan supaya lebih menarik.

“Bagi saya dari segi masakkan dan rasa itu memang menarik, tetapo dari segi produk kita perlu tingkatkan lagi terutama dari segi pembungkusan,” katanya, lapor Pahang Media.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Geran Usahawan Makmur dan Penyerahan Hasil Transformasi Produk Usahawan di bawah STeP Tahun 2026 di Dewan Majlis Perbandaran Bentong, semalam.

Turut hadir, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad dan Exco Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan negeri, Datuk Amizar Abu Adam.

Dalam pada itu, beliau berharap penerima geran berkenaan dapat berdikari dan tidak sentiasa bergantung kepada kerajaan, sekali gus memberi ruang kepada kerajaan untuk membantu melahirkan lebih ramai usahawan baharu.

“Apabila mereka berdikari, kita boleh tumpu pada yang lain supaya lebih ramai lagi yang menjadi usahawan,” katanya.

Related Posts

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

SANDAKAN – Komuniti Rukun Tetangga (KRT) di daerah ini dan kawasan Libaran memainkan peranan penting dalam memperkukuh perpaduan serta mengeratkan hubungan masyarakat pelbagai kaum. Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

KUCHING – Komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkasakan hak dan tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dimanifestasikan sepenuhnya apabila pentadbiran Pelabuhan Bintulu kini diserahkan secara rasmi kepada kerajaan Sarawak berkuat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX