2 bas persiaran, 1 SUV kemalangan di Genting

KUANTAN – Tujuh warga Nepal cedera selepas sebuah bas persiaran membawa 36 penumpang terbalik dalam kemalangan melibatkan dua bas persiaran dan sebuah kenderaan utiliti sukan di KM15 jalan turun Genting Highlands-Genting Sempah, petang semalam.

Penolong Pengarah (Bahagian Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 5.29 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands tiba di lokasi pada 6.06 petang.

“Sebuah bas membawa 36 penumpang yang terdiri daripada warga Nepal terbalik, mengakibatkan tujuh orang mengalami kecederaan.

“Sebanyak 34 penumpang warga Bangladesh dan Nepal yang menaiki satu lagi bas persiaran dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya seperti dilapor Bernama.

Mohd Salahuddin berkata, tiga individu yang berada di dalam Perodua Aruz itu juga selamat dan tidak mengalami kecederaan.

Beliau berkata, semua mangsa berjaya keluar dari kenderaan masing-masing sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian.

“Pasukan bomba memberikan bantuan awal kepada mangsa yang cedera sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk dihantar ke hospital.

“Pihak bomba melakukan kerja-kerja pembersihan tumpahan minyak di lokasi kejadian,” katanya.

Related Posts

Sabah perkasa pelbagai inisiatif tangani kes remaja bawah umur

TAWAU – Pelbagai inisiatif kesedaran terus diperkasa bagi melindungi dan menangani peningkatan kes termasuk jenayah dan seksual melibatkan golongan remaja bawah umur di negeri ini. Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan teliti penambahbaikan subsidi diesel Sabah, Sarawak

KOTA KINABALU – Kerajaan meneliti penambahbaikan terhadap pelaksanaan subsidi diesel susulan maklum balas daripada pelbagai pihak, khususnya di Sabah dan Sarawak. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hadis Sahih al-Bukhari benteng ajaran sesat, fahaman ekstrem

Hadis Sahih al-Bukhari benteng ajaran sesat, fahaman ekstrem

Sabah perkasa pelbagai inisiatif tangani kes remaja bawah umur

Sabah perkasa pelbagai inisiatif tangani kes remaja bawah umur

Kerajaan teliti penambahbaikan subsidi diesel Sabah, Sarawak

Kerajaan teliti penambahbaikan subsidi diesel Sabah, Sarawak

Anwar lancar avatar AI, mahu rakyat kongsi aspirasi secara terus di WhatsApp

Anwar lancar avatar AI, mahu rakyat kongsi aspirasi secara terus di WhatsApp

Parti pertaruh gabungan pengalaman, muka baharu di PRN Negeri Sembilan

Parti pertaruh gabungan pengalaman, muka baharu di PRN Negeri Sembilan

Kerajaan lulus kuota diesel 300 liter sebulan untuk syarikat kecil, kontraktor tempatan

Kerajaan lulus kuota diesel 300 liter sebulan untuk syarikat kecil, kontraktor tempatan