Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

KUALA LUMPUR – Malaysia mampu menjadi sebuah Kota Baca dalam tempoh 20 tahun akan datang sekiranya agenda memartabatkan budaya ilmu diperkasa menerusi pelbagai inisiatif strategik, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Beliau berkata, usaha membina sebuah bangsa membaca perlu bermula dengan memastikan akses kepada bahan bacaan berkualiti untuk anak-anak selain mewujudkan ekosistem yang mampu membudayakan amalan mulia itu dalam kehidupan seharian masyarakat.

“Kita mahu membina sebuah bangsa yang membaca. Bayangan sebuah Kota Baca adalah apabila masyarakat kita bertemu, ruang perbualan mereka bukan lagi sekadar bertanya khabar kosong sebaliknya bertukar-tukar pandangan mengenai buku apa yang sedang dibaca.

“Potensi ini mampu dicapai sekiranya setiap wanita di negara ini mula menggerakkan usaha kecil dengan memperuntukkan sekurang-kurangnya 10 minit sehari untuk membaca,” katanya, lapor Bernama.

Fadhlina berkata demikian selepas merasmikan Kelab Perempuan Membaca sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini hari ini.

Beliau berkata, aspirasi itu tercetus selepas menjumpai sebuah buku yang mengangkat gagasan pembentukan Kota Baca ketika mengadakan lawatan ke Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Paris sebelum ini.

Bagi merealisasikan hasrat itu, Fadhlina berkata, komitmen memupuk budaya ilmu di peringkat awal persekolahan terus diperkukuh menerusi pelaksanaan kurikulum baharu prasekolah yang memberi penekanan kepada aktiviti pembacaan bersama.

“Sebab itu, kita ucap terima kasih kepada Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan yang telah memperuntukkan RM10 juta kepada semua prasekolah di Malaysia untuk menggalakkan budaya pembacaan ini serta membangunkan sudut bacaan ini.

“Maknanya, ibu bapa dan anak-anak akan baca bersama di ruang sekolah, dan akan disokong dengan bahan-bahan bacaan yang berkualiti,” katanya.

Related Posts

MTPMA63 berlangsung di Sabah, Jumaat ini

KOTA KINABALU – Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada Jumaat ini, 11 September. Menteri di Jabatan Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

KUALA LUMPUR – Kajian Suara Wanita 2025/2026 membawa kepada lima hala tuju dasar yang wajar diberi perhatian kerajaan, sektor swasta dan masyarakat sivil, kata Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit