Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

PENAMPANG – Jungle Food Lab terus mendapat perhatian di Kaamatan International Week 2026 apabila berjaya mengetengahkan makanan tradisional berasaskan sumber hutan Sabah ke peringkat antarabangsa.

Pengerusinya, Andrew Ambrose atau Atama berkata, inisiatif itu bukan sahaja memperkenalkan makanan tradisi masyarakat tempatan, tetapi turut menjadi platform bagi memelihara pengetahuan warisan berkaitan sumber alam dan amalan pemakanan lestari.

“Jungle Food Lab berperanan menghubungkan pengetahuan turun-temurun masyarakat pribumi dengan elemen sains, inovasi dan pembangunan mampan.

“Ia bukan sekadar mempamerkan makanan hutan, tetapi turut berfungsi sebagai ruang untuk mengkaji, mendokumentasi dan memperkenalkan semula sumber makanan tradisional yang semakin kurang dikenali generasi muda,” katanya ketika ditemui sempena Kaamatan International Week 2026 di perkampungan Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA), pada Jumaat.

Tambah Atama, masyarakat pribumi di Sabah memiliki pengetahuan luas berkaitan tumbuhan, makanan dan alam sekitar yang mempunyai nilai saintifik serta potensi untuk diketengahkan ke peringkat global.

“Antara tumpuan utama program tahun ini ialah penyertaan pemenang Jungle Food Lab 2025 dari Tambunan yang dibawa khas ke KDCA bagi memperlihatkan cara komuniti pergunungan mengurus kebun tradisional dan menghasilkan makanan secara lestari.

“Pendekatan ini berkait rapat dengan usaha memperkukuh keterjaminan makanan dalam kalangan komuniti tempatan.

“Secara tidak langsung ia memberi penekanan kepada keupayaan masyarakat menghasilkan sumber makanan sendiri tanpa terlalu bergantung kepada pihak luar di samping memastikan alam sekitar terus dipelihara,” kongsinya.

Tambahnya lagi, program berkenaan turut membuka ruang kepada chef tempatan menghasilkan hidangan moden menggunakan bahan tradisional sekali gus memperkenalkan keunikan citarasa Sabah kepada pengunjung luar.

Atama turut berharap konsep Jungle Food Lab dapat diperluaskan ke rumah-rumah tradisional lain di KDCA serta ke seluruh Sabah bagi mengetengahkan identiti makanan setiap komuniti etnik di negeri ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, Pemenang Pertandingan Jungle Food Labs 2025 Daerah Tambunan, Kumpulan Ropuhon Kiasu Highland akan dibawa ke Global Indigenous Youth Forum 2026 di Rome, Italli & Forum Makanan Sedunia 2026 pada Oktober depan.

Sementara itu, salah seorang ahli kumpulan Ropuhon Kiasu Highland, Heraldine Jamain, 19 atau lebih dikenali sebagai Kulipot turut tampil mengetengahkan keunikan makanan tradisional Sabah yang berpotensi diperkenalkan ke peringkat antarabangsa.

Menurut Kulipot, minat dalam bidang kulinari mula dipupuk sejak kecil apabila sering membantu ibu bapanya di dapur sekali gus mempelajari teknik dan keunikan masakan tradisional masyarakat tempatan.

“Hari ini saya menyediakan lapan hidangan berasaskan resipi turun-temurun yang dipelajarinya sejak kecil daripada ibu bapa saya.

“Antara menu yang diketengahkan ialah bubur daging salai, sup ikan sungai atau ikan polian, linapot wagas campuran yang dibalut menggunakan daun, sup ayam kampung salai, ikan pinarasakan, kerabu pakis serta hidangan tradisional lain seperti pinangod dan pelbagai ulam-ulaman kampung,” kongsinya.

Tambah Kulipot, beliau terkejut apabila diumum akan mewakili negara ke program antarabangsa di Program Global Indigenous Youth Forum (forum khas bagi belia orang asal dunia) dan Forum Makanan Sedunia melalui Model Pemeliharaan Pengetahuan Tradisi Orang Asal.

“Saya terkejut dan bersyukur apabila diberi peluang untuk membawa masakan tradisi Sabah ke luar negara bagi memperkenalkan warisan kulinari negeri ini kepada masyarakat antarabangsa.

“Saya berharap golongan muda terus mempelajari dan memelihara makanan tradisional supaya tidak hilang ditelan zaman selain menjaga alam sekitar yang menjadi sumber bahan makanan semula jadi,” ujarnya.

Kongsi Kulipot, minat dalam bidang kulinari mula dipupuk sejak kecil apabila sering membantu ibu bapanya di dapur sekali gus mempelajari teknik dan keunikan masakan tradisional masyarakat tempatan.

Walaupun berdepan pelbagai cabaran dalam penyediaan makanan tradisional, Kulipot berkata, dia tetap komited meneruskan usaha memartabatkan warisan makanan tempatan sambil menunggu peluang melanjutkan pengajian.

Related Posts

Sabah perkasa pelbagai inisiatif tangani kes remaja bawah umur

TAWAU – Pelbagai inisiatif kesedaran terus diperkasa bagi melindungi dan menangani peningkatan kes termasuk jenayah dan seksual melibatkan golongan remaja bawah umur di negeri ini. Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan teliti penambahbaikan subsidi diesel Sabah, Sarawak

KOTA KINABALU – Kerajaan meneliti penambahbaikan terhadap pelaksanaan subsidi diesel susulan maklum balas daripada pelbagai pihak, khususnya di Sabah dan Sarawak. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hadis Sahih al-Bukhari benteng ajaran sesat, fahaman ekstrem

Hadis Sahih al-Bukhari benteng ajaran sesat, fahaman ekstrem

Sabah perkasa pelbagai inisiatif tangani kes remaja bawah umur

Sabah perkasa pelbagai inisiatif tangani kes remaja bawah umur

Kerajaan teliti penambahbaikan subsidi diesel Sabah, Sarawak

Kerajaan teliti penambahbaikan subsidi diesel Sabah, Sarawak

Anwar lancar avatar AI, mahu rakyat kongsi aspirasi secara terus di WhatsApp

Anwar lancar avatar AI, mahu rakyat kongsi aspirasi secara terus di WhatsApp

Parti pertaruh gabungan pengalaman, muka baharu di PRN Negeri Sembilan

Parti pertaruh gabungan pengalaman, muka baharu di PRN Negeri Sembilan

Kerajaan lulus kuota diesel 300 liter sebulan untuk syarikat kecil, kontraktor tempatan

Kerajaan lulus kuota diesel 300 liter sebulan untuk syarikat kecil, kontraktor tempatan