Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

PENAMPANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak mahu dilihat sengaja melengah-lengahkan penyelesaian tuntutan 40 peratus hasil bersih Persekutuan kepada Sabah.

Tegasnya, Kerajaan Persekutuan memberi jaminan untuk terus kekal komited bagi melaksanakan janji berhubung perkara itu.

Perdana Menteri sekali lagi memberi penekanan isu berkenaan perlu diselesaikan mengikut proses yang ditetapkan meskipun terdapat pandangan mengenai kekangan kewangan dan Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.

“Saya tidak mahu dianggap sengaja melengah-lengahkan dan saya tekankan sekali lagi berkaitan 40 peratus walaupun dikatakan keadaan kewangan, 112D, bagi saya tutup,” katanya semasa berucap merasmikan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah Kali Ke-68 di Dewan Hongkod Koisaan KDCA, pada Sabtu.

Dalam pada itu, Anwar berkata, penyelesaian tuntutan itu perlu dibawa terlebih dahulu ke Jawatankuasa Kewangan dan Kabinet bagi membolehkan penelitian lanjut dilakukan sebelum keputusan muktamad dibuat.

“Perkara ini mesti dibawa kepada Finance Committee dan kepada Kabinet. Dalam rangka itu, mesti ada perbincangan yang lebih teliti selain daripada aspek perundangan.

“Komitmen kerajaan untuk melaksanakan tuntutan tersebut tidak seharusnya dipertikaikan walaupun masih memerlukan rundingan dan keputusan di peringkat berkaitan.

“Jangan orang pertikai keputusan kita untuk melaksanakan janji ini. Sama ada dibuat bulan Jun atau Disember, itu soal yang harus diputuskan oleh dua-dua jawatankuasa.

“Ia kemudian dibawa kepada kerajaan negeri dari peringkat tertinggi dan rundingan di antara Persekutuan dan negeri,” katanya.

Tambahnya, beliau mengumumkan jumlah bayaran interim kepada Sabah ditingkatkan daripada RM600 juta kepada RM1.5 bilion sementara proses berkaitan tuntutan 40 peratus diteruskan.

“Buat masa sekarang, dahulunya interim sebanyak RM600 juta, saya umumkan interim kali ini meningkat sehingga RM1.5 bilion,” ujarnya.

Related Posts

Dakwaan AS tawar bantu Pas jatuhkan kerajaan, PKR Lembah Pantai buat laporan polis

KUALA LUMPUR – PKR Lembah Pantai membuat laporan polis berkenaan dakwaan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa Amerika Syarikat (AS) pernah menawarkan bantuan kepada parti itu untuk menjatuhkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekas pengarah besar FELDA antara dua ditahan, siasatan urusan tanah dan projek

KUALA LUMPUR – Bekas pengarah besar Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) bergelar Datuk antara dua lelaki yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bekalan bahan api stabil, harga minyak global dijangka kekal tinggi

Bekalan bahan api stabil, harga minyak global dijangka kekal tinggi

Sistem pengurusan hospital diperkemas atasi kesesakan, pendekkan masa menunggu

  • By Fatin
  • September 7, 2026
Sistem pengurusan hospital diperkemas atasi kesesakan, pendekkan masa menunggu

Belanjawan 2027: Golongan kurang berkemampuan, M40 dijangka jadi fokus

Belanjawan 2027: Golongan kurang berkemampuan, M40 dijangka jadi fokus

Arsenal bangkit kalahkan Chelsea 2-1

Arsenal bangkit kalahkan Chelsea 2-1

Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

Selangor tutup sekolah jika IPU melebihi 200

Selangor tutup sekolah jika IPU melebihi 200