Wanita asing terlibat aktiviti tidak bermoral berdepan hukuman penjara 15 tahun

KUCHING – Padah terlibat dalam aktiviti tidak bermoral, seorang wanita warga asing kini berdepan hukuman penjara maksimum 15 tahun selepas ditahan dalam satu serbuan di sebuah premis penginapan di Jalan Stutong, di sini pada Selasa.

Suspek yang berusia 34 tahun itu ditahan kira-kira jam 1 petang oleh sepasukan polis menerusi ‘Ops Noda’.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, siasatan awal mendapati suspek telah menjalankan aktiviti persundalan tersebut sejak dua bulan lalu.

Menurutnya, wanita berkenaan dikesan mempromosikan dirinya melalui aplikasi media sosial untuk mencari pelanggan di sekitar kawasan berkenaan.

“Suspek dikesan menggunakan aplikasi MiChat dengan menawarkan harga perkhidmatan seks antara RM180 hingga RM250 bagi setiap sesi.

“Dalam serbuan tersebut, pihak polis turut merampas sebuah telefon bimbit serta beberapa utas kondom yang dipercayai digunakan untuk menjalankan aktiviti berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu.

Alexson menjelaskan, kes kini disiasat di bawah Seksyen 372(1)(e) Kanun Keseksaan atas kesalahan mencari langganan bagi maksud persundalan.
“Selain itu, semakan lanjut mendapati suspek juga gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan atau pas yang sah untuk berada di negara ini.

“Oleh itu, suspek turut disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya lagi.

Related Posts

Sistem pengurusan hospital diperkemas atasi kesesakan, pendekkan masa menunggu

TAWAU – Sistem pengurusan hospital di negeri ini terus diperkemas bagi menangani isu kesesakan pesakit serta mengurangkan tempoh menunggu untuk mendapatkan rawatan, sekali gus meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Selangor tutup sekolah jika IPU melebihi 200

SHAH ALAM – Selangor akan melaksanakan penutupan sekolah, tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200, selaras dengan ketetapan pihak berkuasa. Exco Kesihatan Awam dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia perlu lahir lebih ramai bakat STEM, kuasai teknologi sendiri – Anwar

Malaysia perlu lahir lebih ramai bakat STEM, kuasai teknologi sendiri – Anwar

Dakwaan Abdul Hadi AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan perlu dibongkar pihak berkuasa

Dakwaan Abdul Hadi AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan perlu dibongkar pihak berkuasa

Ibu bapa dibenar tidak hantar anak ke sekolah jika bimbang jerebu – Fadhlina

Ibu bapa dibenar tidak hantar anak ke sekolah jika bimbang jerebu – Fadhlina

Wisma Putra nasihat rakyat Malaysia semak status penerbangan di Jakarta

Wisma Putra nasihat rakyat Malaysia semak status penerbangan di Jakarta

PM Anwar mahu bakat STEM tidak sekadar dikenal pasti, perlu dibimbing

PM Anwar mahu bakat STEM tidak sekadar dikenal pasti, perlu dibimbing

Bekalan bahan api stabil, harga minyak global dijangka kekal tinggi

Bekalan bahan api stabil, harga minyak global dijangka kekal tinggi