Selangor tutup sekolah jika IPU melebihi 200

SHAH ALAM – Selangor akan melaksanakan penutupan sekolah, tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200, selaras dengan ketetapan pihak berkuasa.

Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar negeri, Jamaliah Jamaluddin berkata, Jabatan Pendidikan Selangor akan terus memantau bacaan IPU di kawasan sekolah dan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan tahap pencemaran serta arahan yang ditetapkan.

“Bagi sektor pendidikan, sekolah, tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak hendaklah mematuhi ketetapan yang berkuat kuasa berdasarkan bacaan IPU.

“Sekiranya bacaan IPU mencecah lebih 200, penutupan sekolah, tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak akan dilaksanakan mengikut ketetapan pihak berkuasa.

“Pihak sekolah juga diminta memastikan keselamatan dan kesihatan murid sentiasa menjadi keutamaan sepanjang tempoh jerebu,” katanya dalam satu kenyataan.

Jamaliah berkata, Selangor terus memperkukuh kesiapsiagaan semua agensi susulan peningkatan semula bacaan IPU di beberapa kawasan di negeri itu dari masa ke masa.

Beliau berkata, pembakaran terbuka adalah dilarang dan tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang didapati melakukan aktiviti berkenaan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

“Orang ramai diminta memainkan peranan dengan segera melaporkan sebarang aktiviti pembakaran terbuka kepada Jabatan Alam Sekitar melalui Hotline JAS 1-800-88-2727 atau aplikasi eAduan JAS.

“Bagi kejadian kebakaran yang memerlukan tindakan segera, orang ramai boleh menghubungi 999 atau talian 1-800-88-994 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia,” katanya.

Jamaliah berkata, aspek kesihatan awam kekal menjadi keutamaan kerajaan negeri susulan peningkatan bacaan IPU ke tahap tidak sihat.

Katanya, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Selangor bersedia menyalurkan bekalan pelitup muka kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah untuk diedarkan kepada penjawat awam dan orang ramai.

“Pengedaran akan memberi keutamaan kepada kawasan yang merekodkan bacaan IPU tertinggi di Selangor, khususnya kepada golongan yang memerlukan,” katanya.

Related Posts

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

TAWAU – Empat blok rumah kongsi melibatkan 20 pintu dan sebuah rumah kediaman jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran berhampiran Taman Gemilang Sin Onn, Jalan Sin Onn, di sini, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

MUKAH – Seorang buruh warga tempatan ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah di tepi Jalan Kubu, di sini pada Isnin. Lelaki berusia 34 tahun itu ditahan oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

  • By Fatin
  • October 6, 2026
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan