Aidiladha: Hanifah sumbang sembilan ekor lembu korban

MUKAH – Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Mukah, Datuk Hanifah Hajar Taib bersama keluarga menyumbangkan sebanyak sembilan ekor lembu bagi menjayakan ibadah korban sempena sambutan Aidiladha 1447H, semalam.

Pelaksanaan ibadah korban berkenaan dilakukan secara berperingkat selama tiga hari bermula pada Hari Raya pertama dengan penyembelihan lima ekor lembu, diikuti masing-masing dua ekor pada hari kedua dan ketiga.

Program keagamaan tersebut turut dimeriahkan lagi dengan sumbangan tambahan dua ekor lembu daripada pihak 101 Superman Speedmart Mukah, menjadikan jumlah keseluruhan lembu yang dikorbankan adalah sebanyak 11 ekor.

“Inisiatif ini bukan sahaja untuk menyemarakkan lagi sambutan Hari Raya Aidiladha, malah ia berjaya mengeratkan silaturahim serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat setempat.

“Semangat muafakat yang ditunjukkan sepanjang program ini membuktikan kebersamaan erat yang terus menyatukan masyarakat majmuk di Mukah,” menurut kenyataan yang disiarkan di laman Facebook rasmi milik Datuk Hanifah pada Rabu.

Proses penyembelihan, melapah dan pengagihan daging lembu berkenaan turut mendapat kerjasama padu daripada agensi-agensi kerajaan Bahagian Mukah, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta Jawatankuasa Pengurusan Masjid di sekitar parlimen tersebut.

Daging-daging korban itu kemudiannya diagihkan kepada pelbagai surau, masjid dan institusi termasuklah di kawasan Dalat, Oya, Balingian dan Mukah bagi memastikan ia memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan serta komuniti setempat.

Related Posts

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

MUKAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine menetapkan pemerkasaan pendidikan dan pembangunan sosioekonomi sebagai agenda utama dalam memacu masa depan serta kesejahteraan masyarakat di kawasan tersebut. Komitmen…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

KOTA KINABALU – Dua penerima anugerah pada Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Zon Sabah 2026 membuktikan laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mampu membuka peluang baharu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali