Wisma Putra nasihat rakyat Malaysia semak status penerbangan di Jakarta

JAKARTA – Gangguan penerbangan susulan penyebaran abu gunung berapi daripada Gunung Anak Krakatau menyebabkan rakyat Malaysia yang berada di Jakarta diminta mengambil langkah berjaga-jaga, terutama mereka yang menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta (CGK).

Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta berkata, penutupan sementara beberapa lapangan terbang di Indonesia turut memberi kesan kepada perkhidmatan penerbangan antarabangsa, termasuk penerbangan dari dan ke Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, rakyat Malaysia yang dijadualkan berlepas atau transit di CGK diminta mendapatkan maklumat terkini daripada syarikat penerbangan masing-masing bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

“Pelawat Malaysia yang mempunyai penerbangan dari atau melalui CGK dinasihatkan supaya menyemak status penerbangan masing-masing dengan syarikat penerbangan dari semasa ke semasa bagi mendapatkan maklumat mengenai penjadualan semula penerbangan atau laluan alternatif,” menurut kedutaan dalam satu nasihat perjalanan pada Isnin.

Sementara itu, Kementerian Pengangkutan Indonesia dalam kemas kini pada tengah malam memaklumkan CGK dan enam lapangan terbang lain ditutup sementara sehingga jam 8.59 pagi waktu tempatan pada Isnin berikutan keadaan abu gunung berapi daripada Anak Krakatau.

Lapangan terbang yang turut terjejas ialah Radin Inten II di Lampung, Halim Perdanakusuma di Jakarta, Husein Sastranegara di Bandung, Budiarto di Tangerang, Pondok Cabe di Tangerang Selatan dan M Taufik Kiemas di Lampung.

Kedutaan Besar Malaysia turut mengingatkan rakyat Malaysia supaya mengikuti perkembangan semasa dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan, khususnya berkaitan keadaan penyebaran abu gunung berapi.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta di talian +62 21 522 4947 pada waktu pejabat atau +62 813 8081 3036.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

LABUAN – Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap kemungkinan penyebaran berita palsu dan grafik dimanipulasi menggunakan gambar serta logo organisasi media susulan pembentangan Belanjawan 2027.‎‎Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun