MoT ambil tindakan tegas terhadap Prasarana susulan insiden LRT tergelincir

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan (MoT) mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap Prasarana Malaysia Berhad susulan kejadian tren Transit Aliran Ringan (LRT) tergelincir berhampiran Stesen Chan Sow Lin, pagi tadi.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pengurusan tertinggi serta Lembaga Pengarah Prasarana tidak boleh lagi mengambil pendekatan ‘business-as-usual’ dalam menangani isu keselamatan dan kebolehpercayaan sistem pengangkutan awam.

Beliau menegaskan, insiden berkenaan bukan isu kecil kerana ia membabitkan aspek keselamatan penumpang dan petugas.

“Piawaian keselamatan dan kebolehpercayaan perkhidmatan awam bukanlah sesuatu yang boleh dikompromikan.

“Tindakan serius termasuk pemecatan perlu diambil oleh pihak Lembaga Pengarah Prasarana terhadap mana-mana pihak yang cuai dalam tanggungjawab mereka untuk mengembalikan keyakinan orang ramai terhadap kebolehpercayaan perkhidmatan sistem rel bawah kendalian Prasarana,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Anthony berkata, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sudah diarahkan mengambil hukuman maksimum terhadap Prasarana Malaysia Berhad selain membuka kertas siasatan terhadap kejadian itu.

Menurut beliau, MOT memandang serius insiden berkenaan kerana tren yang tergelincir daripada landasan boleh mengundang risiko keselamatan yang tinggi.

“Walaupun kesemua 25 penumpang dalam insiden ini berjaya dipindahkan dengan selamat dan tiada kecederaan dilaporkan, pihak MoT tetap mengambil pendirian yang tegas dalam insiden ini dan tidak akan berkompromi dalam isu keselamatan orang ramai.

“Sehubungan itu, MoT segera menubuhkan satu pasukan petugas khas untuk menyiasat punca kejadian ini secara menyeluruh.

“Saya telah mengarahkan supaya dapatan siasatan ini dikemukakan kepada Jemaah Menteri secepat mungkin dan laporan tersebut dihebahkan secara umum,” katanya.

Terdahulu, perkhidmatan LRT Laluan Ampang/Sri Petaling dilaporkan mengalami gangguan selepas sebuah tren tergelincir ketika melalui kawasan suis landasan berhampiran Stesen Chan Sow Lin.

Kejadian dipercayai berpunca daripada kerosakan suis landasan yang menyebabkan tren terbabit tidak dapat meneruskan perjalanan.

Rapid Rail Sdn Bhd memaklumkan seramai 25 penumpang berada di dalam tren ketika kejadian dan semuanya berjaya dipindahkan mengikut prosedur operasi tanpa sebarang kecederaan dilaporkan.

Related Posts

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

ALOR GAJAH – Kerajaan MADANI akan terus memastikan keperluan semua kaum serta aliran pendidikan di negara ini diberi perhatian secara seimbang tanpa meminggirkan mana-mana pihak, kata Perdana Menteri, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

SANDAKAN – Program lawatan ke Zon Selamat Timur Sabah (ESS Zone) yang disertai 14 wakil diplomatik dan perwakilan asing memberi peluang kepada wakil asing melihat sendiri tahap keselamatan, keamanan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor