Kerbau korban mengamuk: Seorang maut, seorang cedera dalam dua kejadian berasingan

ULU TIRAM – Sambutan Aidiladha di sini bertukar tragedi apabila seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas dipercayai ditanduk kerbau dalam dua kejadian berasingan ketika ibadah korban pada hari pertama Aidiladha.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, kejadian pertama berlaku kira-kira jam 10 pagi di Kampung Tenang, Ulu Tiram membabitkan seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun.

Menurut beliau, mangsa dipercayai ditanduk seekor kerbau yang digunakan untuk ibadah korban sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11 malam ketika menerima rawatan di hospital.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah kecederaan saluran darah (vaskular) pada kaki kiri dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Dalam pada itu, satu lagi kejadian turut dilaporkan berlaku kira-kira jam 2 petang di Batu 19, Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram melibatkan seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun.

Mohd Sohaimi berkata, mangsa mengalami patah tulang rusuk kiri selepas seekor kerbau yang digunakan untuk ibadah korban secara tiba-tiba bertindak agresif lalu menanduknya.

“Mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru dan setakat ini polis tidak menerima sebarang laporan berkaitan kejadian tersebut,” katanya.

Beliau turut memaklumkan pihak polis mengesan satu hantaran tular di Facebook berkaitan kejadian seorang lelaki ditanduk kerbau ketika ibadah korban di Ulu Tiram.

Kejadian itu mengundang perhatian ramai dan menjadi peringatan kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika mengendalikan haiwan korban bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Related Posts

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit