Pegawai kanan polis, isteri maut kemalangan dua kenderaan

PEKAN – Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor bersama isterinya maut dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Kilometer 76, Jalan Kuantan-Segamat, dekat Paloh Hinai di sini, awal pagi Rabu.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika pasangan itu bersama 4 anak mereka sedang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman di Negeri Sembilan untuk menyambut Aidiladha.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, insiden kira-kira jam 3 pagi itu turut menyebabkan empat anak mangsa dan pemandu serta penumpang sebuah lagi kereta terbabit mengalami kecederaan.

Katanya, mangsa terkorban dikenal pasti sebagai Inspektor Syah Lokman Ludza Ramli, 50, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, dan isteri, Nurulfiza Ardiana Amba, 46.

Beliau berkata, kejadian berlaku ketika pasangan itu bersama anak mereka sedang dalam perjalanan dari Kuantan ke Jempol, Negeri Sembilan.

“Sebuah lagi kereta terbabit pula dinaiki sepasang suami isteri yang sedang dalam perjalanan dari Gelang Patah, Johor, ke Terengganu.

“Setiba di tempat kejadian, kenderaan dipandu pegawai polis terbabit dipercayai terbabas ke kanan jalan lalu bertembung kereta dari arah bertentangan.

“Akibat perlanggaran itu, pasangan suami isteri berkenaan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya, lapor Berita Harian.

Mohd Zaidi berkata, mangsa yang cedera ialah empat anak arwah pasangan itu berusia antara 10 hingga 18 tahun, dan suami isteri berusia 26 tahun yang menaiki sebuah lagi kereta terbabit.

“Semua mangsa yang cedera kemudian dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk rawatan lanjut. Isteri pemandu sebuah lagi kereta terbabit sedang dirawat di Zon Kecemasan hospital itu,” katanya.

Mayat pegawai polis dan isterinya pula dihantar ke Hospital Pekan untuk proses bedah siasat.

Kemalangan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai dan menyebabkan kemalangan maut.

Related Posts

Kaamatan 2026 dijangka dibanjiri pengunjung, keselamatan diutamakan

KOTA KINABALU – Sambutan Pesta Kaamatan 2026 di Hongkod Koisaan, Kadazandusun Cultural Association dijangka dibanjiri puluhan ribu pengunjung pada 30 dan 31 Mei ini dengan aspek keselamatan terus menjadi keutamaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tradisi tahunan Aidiladha, FELDA Jengka 24 korban 40 lembu, kerbau

KUANTAN – Warga peneroka FELDA Jengka 24, dekat Jerantut meneruskan tradisi tahunan dengan melaksanakan ibadat korban mega di kawasan tanah rancangan itu. Bagi sambutan Aidiladha tahun ini, sebanyak 40 ekor…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kaamatan 2026 dijangka dibanjiri pengunjung, keselamatan diutamakan

Kaamatan 2026 dijangka dibanjiri pengunjung, keselamatan diutamakan

Tradisi tahunan Aidiladha, FELDA Jengka 24 korban 40 lembu, kerbau

Tradisi tahunan Aidiladha, FELDA Jengka 24 korban 40 lembu, kerbau

Hospital Petaling Jaya berkapasiti 500 katil bakal dibina di tapak PJ South

Hospital Petaling Jaya berkapasiti 500 katil bakal dibina di tapak PJ South

RTK platform lahirkan belia berbudaya dan pemimpin masa depan Sabah

RTK platform lahirkan belia berbudaya dan pemimpin masa depan Sabah

Pegawai kanan polis, isteri maut kemalangan dua kenderaan

Pegawai kanan polis, isteri maut kemalangan dua kenderaan

Sultan Pahang berkenan solat sunat Aidiladha di Masjid Tengku Ampuan Afzan

Sultan Pahang berkenan solat sunat Aidiladha di Masjid Tengku Ampuan Afzan