Sultan Pahang berkenan solat sunat Aidiladha di Masjid Tengku Ampuan Afzan

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Tengku Ampuan Afzan, di sini, hari ini.

Baginda diiringi Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah; Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah; dan paduka anakanda.

Keberangkatan tiba baginda pada jam 8.25 pagi disambut Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; pemimpin dan pegawai kanan Kerajaan Pahang, lapor Bernama.

Solat sunat Aidiladha itu diimamkan Imam 1 Masjid Tengku Ampuan Afzan, Mohd Hafidz Muhamad Suhaile, maanakala khutbah bertajuk ‘Kehidupan Adalah Pengorbanan’ disampaikan Mufti Pahang, Prof Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim.

Selesai solat, baginda berkenan menyantuni jemaah dan melaksanakan ibadah korban di pekarangan masjid.

Sempena sambutan Aidiladha tahun ini, Al-Sultan Abdullah berkenan mengurniakan 34 lembu untuk dikorbankan di masjid dan surau di seluruh Pahang.

Related Posts

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

SARATOK – Sepasang kekasih ditahan polis selepas terbabit dalam pergaduhan di Kampung Gerigat, Kabong, pada Selasa. Kedua-dua suspek masing-masing lelaki tempatan berusia 31 tahun dari Kampung Nyabor dan wanita tempatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warga emas dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun

SIBU – Seorang wanita warga emas berusia 78 tahun dilaporkan hilang dipercayai selepas keluar menuju ke kawasan kebun berhampiran Rumah Philip Kayak, Durin pada petang Rabu. Pusat Gerakan Operasi Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Warga emas dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun

Warga emas dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun

Nahas helikopter: KKM jamin bantuan penuh sehingga semua urusan selesai

Nahas helikopter: KKM jamin bantuan penuh sehingga semua urusan selesai