Bekalan minyak negara masih mencukupi, RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter- PM

BUKIT MERTAJAM – Bekalan petrol dan diesel negara masih mencukupi ketika ini meskipun konflik di Asia Barat dan keadaan ekonomi global memberi tekanan terhadap rantaian bekalan tenaga dunia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain itu, kata beliau kerajaan turut komited untuk mengekalkan harga minyak RON95 bersubsidi pada RM1.99 seliter.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata hubungan baik Malaysia dengan beberapa negara termasuk Iran membantu memastikan laluan bekalan minyak negara melalui Selat Hormuz berjalan lancar setakat ini.

“Hubungan baik dengan Iran ini membantu bekalan minyak cukup setakat ini, sampai Julai… Insya-Allah, diesel pun cukup walaupun hari itu ada masalah sedikit diesel tiada, naik sedikit harga kerana kita beli daripada luar yang melalui Selat Hormuz. Insurans naik, tambang kapal pun naik.

“Namun setakat ini, minyak RON95 kekal RM1.99,” katanya ketika berucap pada Majlis Agihan Perdana Lembu Korban MADANI Parlimen Permatang Pauh di Masjid Daerah Seberang Perai Tengah, di sini, hari ini yang turut dihadiri Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Perdana Menteri berkata, susulan peningkatan kos diesel, kerajaan turut melaksanakan pelbagai inisiatif bantuan termasuk program BUDI MADANI bagi membantu golongan petani, nelayan, pengusaha traktor, bas sekolah dan sektor pengangkutan.

Sementara itu, kata beliau, Presiden Iran, Masoud Pezeshkian dijadual menghubunginya pada jam 6 petang ini bagi membincangkan perkembangan semasa susulan konflik yang melanda rantau Asia .

“Hubungan (baik dengan Iran) itu membantu kita. Ketika Iran diserang oleh rejim Zionis Israel, kita lahirkan simpati.

” kemudian apabila kita agak susah, kapal minyak kita nak lalu Selat Hormuz, kita (Malaysia) antara yang pertama yang dapat lepas, jadi kapal kita antara terawal lalu Selat Hormuz dan sampai ke Pengerang (Johor),” katanya.

Anwar berkata, Malaysia juga bersyukur kerana keadaan bekalan bahan api negara masih terkawal berbanding beberapa negara jiran yang kini berdepan tekanan lebih serius seperti Filipina.

Related Posts

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

TINDAKAN Barisan Nasional (BN) meletakkan calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dilihat mencabar kedudukan Wawasan yang memberi isyarat bahawa kerusi Parlimen turut akan dirampas UMNO pada Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

ISU moral yang membabitkan tangkapan khalwat ke atas pemimpin parti Bersama, Nik Nazmi Nik Ahmad baru-baru ini bakal menjadi beban kepada kesemua 15 calon parti itu yang bertanding di Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak