PM tunai solat sunat Aidiladha bersama lebih 10,000 jemaah di Masjid Putra

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Putra bersama ribuan umat Islam yang hadir memeriahkan sambutan Aidiladha.

Perdana Menteri tiba di masjid berkenaan kira-kira pukul 7.56 pagi bersama isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan disambut Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee.

Beliau kemudian menyertai lebih 10,000 jemaah melaungkan takbir Aidiladha sebelum menunaikan solat sunat yang dipimpin Imam Besar Masjid Putra, Dr Muhammad Zakuwa Rodzali.

Usai solat, Anwar turut mengikuti khutbah Aidiladha bertajuk “Pengorbanan Menuntut Keikhlasan” yang disampaikan oleh Muhammad Zakuwa.

Perdana Menteri kemudiannya meluangkan masa beramah mesra dengan para jemaah yang hadir di masjid berkenaan.

Foto: Bernama

Related Posts

Sambutan SKDS di Sabah memberangsangkan, lebih 5,500 syarikat daftar subsidi diesel bagi jip dan pikap

KOTA KINABALU – Sabah muncul sebagai negeri mencatat jumlah pendaftaran tertinggi bagi kategori baharu Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) melibatkan Sektor Pengangkutan Darat (Persendirian Syarikat – Jip dan Pikap), sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kolej Komuniti Jelai pemangkin modal insan, ekonomi setempat

Kolej Komuniti Jelai pemangkin modal insan, ekonomi setempat

PKR nafi Nicky Liow ahli parti

PKR nafi Nicky Liow ahli parti

Pegawai kanan polis antara 12 ditahan ‘makan rasuah’ RM2 juta

Pegawai kanan polis antara 12 ditahan ‘makan rasuah’ RM2 juta

Sambutan SKDS di Sabah memberangsangkan, lebih 5,500 syarikat daftar subsidi diesel bagi jip dan pikap

Sambutan SKDS di Sabah memberangsangkan, lebih 5,500 syarikat daftar subsidi diesel bagi jip dan pikap

Kolej Tingkatan Enam Sepanggar catat pencapaian membanggakan, 11 pelajar raih PNGK 4.0

Kolej Tingkatan Enam Sepanggar catat pencapaian membanggakan, 11 pelajar raih PNGK 4.0

Sekretariat SMJ rancang sesi libat urus berkala bersama pengamal media

Sekretariat SMJ rancang sesi libat urus berkala bersama pengamal media