Sabah pilih model pertumbuhan seimbang, tolak pembangunan melulu, idealisme ekstrem

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah mengamalkan pendekatan model pertumbuhan seimbang dalam menangani isu alam sekitar dan pembangunan negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Sabah tidak mahu pembangunan yang memusnahkan alam sekitar, namun pada masa sama tidak boleh menerima pendekatan idealisme alam sekitar yang melambatkan kemajuan rakyat.

“Sabah menolak kedua-dua ekstrem tersebut demi memastikan pembangunan yang lebih mampan dan realistik.

“Jalan ke hadapan bagi Sabah ialah model pertumbuhan seimbang iaitu pertumbuhan dengan disiplin, pemuliharaan dengan nilai serta pelaburan dengan tanggungjawab,” katanya pada sidang kemuncak Powering Green Growth: Sabah and Malaysia in the Age of Sustainability World Green and Sustainability (WGSS), di sini, pada Isnin.

Menurut Hajiji, Sabah memiliki kekuatan besar termasuk biodiversiti yang kaya, sumber semula jadi luas, potensi tenaga dan kestabilan politik.

“Sabah juga diiktiraf sebagai antara peneraju pemuliharaan alam sekitar di Malaysia dan Asia Tenggara.

“Hampir 30 peratus keluasan tanah Sabah kini berada di bawah status Kawasan Perlindungan Sepenuhnya (TPA),” kongsinya.

Tambahnya, fasa baharu pertumbuhan hijau Sabah kini tertumpu kepada pembangunan industri berasaskan sumber secara bertanggungjawab.

“Kerajaan negeri mahu memperkukuh pasaran karbon, menarik pelaburan hijau berkualiti dan memperluaskan sektor tenaga boleh diperbaharui, pertanian mampan serta ekopelancongan.

“Syarikat, pekerja dan komuniti tempatan perlu mendapat manfaat daripada pembangunan ekonomi hijau tersebut,” tegasnya.

Mengulas lanjut mengenai WGSS, Hajiji berkata, sidang kemuncak tersebut merupakan platform penting untuk membincangkan isu kemampanan yang memberi kesan kepada kehidupan rakyat dan masa depan generasi muda.

“Kemampanan bukan sekadar kedengaran baik di dewan persidangan, tetapi ia juga mesti berfungsi di lapangan dan masuk akal kepada rakyat.

“Peralihan hijau yang terlalu mahal untuk keluarga biasa bukanlah sesuatu yang mampan, dasar yang melindungi masa depan tetapi membebankan masa kini perlu dinilai dengan teliti.

“Model pembangunan yang kelihatan baik di peringkat antarabangsa tetapi melemahkan daya saing tempatan bukanlah model yang tepat untuk Sabah.

“Bagi Sabah, kemampanan mesti bersifat praktikal, ia mesti adil, mampu dilaksanakan dan paling penting, ia mesti memberi manfaat kepada rakyat,” tegasnya.

Related Posts

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

TAWAU – Pihak sekolah atau badan bukan kerajaan (NGO) digalakkan mewujudkan saluran bantuan berkaitan pengurusan haid perlu bagi memastikan remaja atau pelajar perempuan khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah mendapat akses…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PADANG BESAR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perlis menerusi Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Biro Guaman Majlis Pimpinan Negeri (MPN) tampil menawarkan bantuan guaman kepada keluarga seorang murid cemerlang yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

  • By Fatin
  • September 19, 2026
Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram