Kanak-kanak lelaki maut, 11 cedera kemalangan 3 kenderaan

ROMPIN – Seorang kanak-kanak lelaki maut manakala 11 lagi cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Lebuhraya Segamat-Kuantan, Muadzam Shah di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.12 pagi itu, mangsa yang menaiki Proton Saga disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas tersepit.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, seramai enam anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muadzam Shah dikerahkan ke lokasi selepas menerima panggilan tersebut.

Menurutnya, operasi turut dibantu lima anggota bersama sebuah jentera dari BBP Chini.

“Kemalangan melibatkan 12 mangsa daripada tiga kenderaan iaitu Proton Saga, Perodua Alza dan Perodua Axia.

“Dalam Proton Saga, dua lelaki dewasa tersepit dan cedera manakala seorang kanak-kanak lelaki turut cedera dan seorang lagi kanak-kanak lelaki disahkan meninggal dunia,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata, empat mangsa yang menaiki Perodua Alza terdiri daripada seorang lelaki dewasa, dua perempuan dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan yang kesemuanya cedera.

“Bagi Perodua Axia pula, seorang perempuan dewasa tersepit dan cedera manakala dua lagi perempuan dewasa serta seorang kanak-kanak lelaki turut cedera,” jelasnya.

Zulfadli memberitahu, pihak bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Jelasnya, keemua mangsa yang cedera dihantar ke hospital berhampiran bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Mangsa yang meninggal dunia pula diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Related Posts

Pelajar terjatuh di sekolah tidak cedera serius, kini stabil

KOTA KINABALU – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah memaklumkan pelajar yang terjatuh di kawasan sebuah sekolah di Papar tidak mengalami kecederaan serius dan kini berada dalam keadaan stabil. JPN Sabah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pempengaruh media sosial didakwa rogol remaja berdepan hukuman penjara, sebat

KANGAR – Seorang pempengaruh media sosial berdepan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan selepas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan bawah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelajar terjatuh di sekolah tidak cedera serius, kini stabil

Pelajar terjatuh di sekolah tidak cedera serius, kini stabil

Pempengaruh media sosial didakwa rogol remaja berdepan hukuman penjara, sebat

Pempengaruh media sosial didakwa rogol remaja berdepan hukuman penjara, sebat

Enggan berubah, budaya rasuah cabaran terbesar reformasi negara – Anwar

Enggan berubah, budaya rasuah cabaran terbesar reformasi negara – Anwar

DAP tidak akan bergerak solo, perlukan gabungan

DAP tidak akan bergerak solo, perlukan gabungan

Kane masih kecewa England gagal ke final

Kane masih kecewa England gagal ke final

Kes disiplin, buli di sekolah perlu ditangani segera – PMX

Kes disiplin, buli di sekolah perlu ditangani segera – PMX