80 Menu Sabahan tonjol warisan etnik Sabah

KOTA KINABALU – Program 80 Menu Sabahan anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sabah tampil sebagai inisiatif istimewa dalam mengetengahkan keunikan serta kekayaan warisan makanan tradisional pelbagai etnik di negeri ini.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Jamawi Jaafar berkata, melalui penglibatan pengusaha makanan tradisional dan penggunaan bahan tempatan, program berkenaan diyakini mampu mewujudkan rantaian ekonomi yang memberi manfaat kepada masyarakat daripada pengeluar di ladang sehingga kepada pengguna.

“Sabah sememangnya kaya dengan khazanah makanan tradisional daripada pelbagai etnik seperti Kadazan, Dusun, Murut, Bajau, Iranun dan Bisaya yang mempunyai keunikan serta identiti tersendiri untuk terus dipelihara dan diperkenalkan kepada generasi muda.

“Program itu juga dilihat berpotensi menjadi platform terbaik dalam mengangkat makanan tradisional sebagai produk pelancongan gastronomi, khususnya sempena Tahun Melawat Sabah,” ujarnya semasa merasmikan program berkenaan di sini, pada Ahad.

Sementara itu. Pengarah Penyiaran Sabah, Encik Mohd Yusni Mohamed Ali berkata, program berkenaan bukan sahaja memperkenalkan kepelbagaian cita rasa tempatan, malah mencerminkan keharmonian, perpaduan dan semangat kebersamaan masyarakat berbilang kaum yang menjadi kekuatan Sabah sejak sekian lama.

“Sabah sememangnya terkenal dengan kepelbagaian budaya, adat resam dan tradisi unik. Sehubungan itu, sebanyak 80 menu tradisional daripada pelbagai etnik seperti Kadazan, Dusun, Murut, Bajau, Iranun dan Bisaya diketengahkan sebagai simbolik Sambutan Ulang Tahun Hari RTM Ke-80.

“Lebih menarik, kesemua hidangan tersebut disusun membentuk angka ’80’ melambangkan perjalanan RTM selama lapan dekad sebagai medium penyiaran utama negara dalam menyampaikan informasi, mendidik masyarakat, menghibur rakyat serta memperkukuh semangat perpaduan.

“Pelbagai kisah, budaya dan identiti masyarakat terus dirakam serta disampaikan melalui radio dan televisyen kepada generasi demi generasi.

“Program ini turut menjadi platform mempromosikan warisan makanan etnik Sabah sebagai identiti negeri dan produk pelancongan yang berpotensi diketengahkan ke peringkat lebih luas,” katanya.

Tambah Yusni, Inisiatif ini selari dengan aspirasi Tahun Melawat Malaysia 2026 dan Tahun Melawat Sabah 2027, di samping memperkasa sektor agro makanan tempatan.

Program berkenaan turut mendapat kerjasama pelbagai pihak termasuk Imago Shopping Mall, Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Bernas Indah Sdn Bhd, Rezeki Ceria Sdn Bhd, Perkasa Realty Sdn Bhd, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Asian Tourism International College serta persatuan-persatuan etnik di Sabah.

Related Posts

Bot kargo ditahan, tiga kru Indonesia disyaki salah guna PLKS

KUALA KURAU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Kuala Kurau menahan sebuah bot kargo yang membawa muatan kayu bakau bersama tiga kru warga Indonesia selepas disyaki melakukan pelbagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis tumpaskan sindiket dadah, rampas 55kg methamphetamine bernilai RM2.75 juta

MIRI – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah yang aktif di daerah Miri dan merampas 55 kilogram (kg) dadah methamphetamine dianggarkan bernilai RM2.75 juta dalam satu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kane masih kecewa England gagal ke final

Kane masih kecewa England gagal ke final

Kes disiplin, buli di sekolah perlu ditangani segera – PMX

Kes disiplin, buli di sekolah perlu ditangani segera – PMX

Pas punca tercetusnya Islamofobia – Amanah

Pas punca tercetusnya Islamofobia – Amanah

Bot kargo ditahan, tiga kru Indonesia disyaki salah guna PLKS

Bot kargo ditahan, tiga kru Indonesia disyaki salah guna PLKS

Inflasi Malaysia sedikit menyederhana kepada 1.9 peratus pada Jun

Inflasi Malaysia sedikit menyederhana kepada 1.9 peratus pada Jun

Penyokong elakkan provokasi, calon diseru hadir awal – SPR

Penyokong elakkan provokasi, calon diseru hadir awal – SPR