Silakan jika mahu keluar dari PKR

SHAH ALAM-  Kekuatan PKR tidak terletak kepada individu sebaliknya ia bergantung kepada perjuangan untuk memperkukuhkan parti bersama-sama tidak mengira jawatan.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Danish Hairudin menegaskan, sesiapa sahaja dalam PKR yang mahu meninggalkan parti itu dialu-alukan untuk bertindak demikian.

Beliau menegaskan, PKR khususnya tidak berjuang hanya untuk satu tempoh sahaja tetapi konsisten untuk memastikan rakyat terus terbela.

“Kepada pendukung Pakatan Harapan (PH), saya nak maklumkan kekuatan PKR dan PH tidak terletak kepada seseorang individu tapi kebersamaan kita dengan rakan-rakan komponen dalam PH.

“Dalam PKR yang nak pergi silakan pergi. PKR pernah berada di titik paling rendah pada 2004 pernah tinggal satu kerusi Parlimen di Permatang Pauh sahaja nak menang kerusi Kak Wan (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail), itu pun kena kira undi tiga, empat kali,” katanya ketika Ceramah Isu Semasa Pakatan Harapan Selangor Parlimen Kota Raja di Jalan Kebun, Shah Alam, pada Ahad.

Mengulas lanjut, Danish berkata, PKR yang pernah berada di titik rendah mampu berdiri bersama-sama Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini sehingga Berjaya menawan beberapa buah negeri dalam pilihan raya umum (PRU).

“Kita kerja kuat sehingga buat pertama sekali kita tawan Selangor, P. Pinang, Perak sebab itu saya kata perjuangan bukan buat sementara waktu, saya tahu kerajaan Madani tidak sempurna tapi sedaya upaya membantu rakyat mengurangkan beban rakyat,” katanya.

Terdaulu, bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli dan bekas Naib Presiden, Nik Nazmi Nik Ahmad membuat keputusan keluar daripada PKR dan mengambil alih sebuah parti politik, Parti Bersama Malaysia (Bersama).

Turut mengambil tindakan yang sama, Haqimi Zamri yang meletakkan jawatan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Pandan baru-baru ini bersama 18 daripada 26 ahli jawatankuasa (AJK) sayap berkenaan.

Pada masa sama, bekas Ketua PKR Cabang Kluang, Abd Hamid Ali dilaporkan berkata hampir 30 peratus daripada kira-kira 2,800 ahli baharu Bersama di Johor terdiri daripada ahli dan pimpinan PKR akar umbi turut membuat keputusan meninggalkan parti itu.

Related Posts

Kehadiran Parti Wawasan Negara jadi pembakar semangat PH – Fahmi

KOTA BHARU – Kehadiran Parti Wawasan Negara tidak dipandang remeh oleh Pakatan Harapan, sebaliknya dianggap sebagai pemangkin untuk memperkukuh gerak kerja parti gabungan itu dalam mendekati rakyat. Pengarah Komunikasi PH,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kemelut PN: Wujud tekanan agar Bersatu keluar gabungan – Pemerhati politik

PEMERHATI politik, Raggie Jessy Rithaudeen mendakwa kemelut dalaman Perikatan Nasional (PN) kini semakin ketara susulan perbezaan pandangan mengenai kedudukan Bersatu dalam gabungan berkenaan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

Jangan manipulasi fakta!

Jangan manipulasi fakta!

Malaysia, Timor-Leste tingkatkan kerjasama strategik pelbagai sektor – PM

Malaysia, Timor-Leste tingkatkan kerjasama strategik pelbagai sektor – PM

Kehadiran Parti Wawasan Negara jadi pembakar semangat PH – Fahmi

Kehadiran Parti Wawasan Negara jadi pembakar semangat PH – Fahmi