Program Melatih MADANI 3.0 perkasa pengusaha inap desa Sepanggar

SEPANGGAR – Seramai 30 pengusaha inap desa di sini menyertai Program Melatih MADANI 3.0 yang memberi fokus kepada pengurusan yang lebih sistematik dan berdaya saing.

Ahli Parlimen P171 Sepanggar, Datuk Mustapha Sakmud berkata, program itu bertujuan memperkukuh keusahawanan komuniti dalam sektor pelancongan.

“Latihan seperti ini penting bagi membantu pengusaha homestay meningkatkan kualiti pengurusan termasuk layanan tetamu, kebersihan dan penyediaan kemudahan yang lebih sistematik.

“Pengusaha homestay digalakkan untuk mendaftar secara rasmi bagi membolehkan mereka menerima bantuan serta bimbingan daripada agensi berkaitan.

“Penggunaan platform digital seperti media sosial termasuk TikTok perlu dimanfaatkan sebagai medium promosi yang lebih meluas dan efektif dalam menarik kehadiran pelancong.

“Program ini turut menerima maklum balas positif daripada peserta yang menyatakan kepuasan terhadap ilmu baharu yang diperoleh sepanjang sesi latihan,” katanya selepas merasmikan program itu di Pusat NADI Bandar Putra, pada Sabtu.

Mustapha yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) berharap lebih banyak siri latihan lanjutan dianjurkan bagi memastikan pengusaha homestay terus berdaya saing dan mampu memperluas pasaran pelancongan tempatan.

  • Related Posts

    UNIMAS julung kali tuan rumah SAKAT, perkasa persuratan serantau

    KOTA SAMARAHAN – Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) melakar sejarah tersendiri apabila buat julung kalinya menjadi tuan rumah Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Asia Tenggara (SAKAT) 2026, sekali gus memperkukuh peranannya dalam perkembangan…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

    MUKAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine menetapkan pemerkasaan pendidikan dan pembangunan sosioekonomi sebagai agenda utama dalam memacu masa depan serta kesejahteraan masyarakat di kawasan tersebut. Komitmen…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Kes khianat di Sri Aman, lelaki 36 tahun ditahan

    Kes khianat di Sri Aman, lelaki 36 tahun ditahan

    UNIMAS julung kali tuan rumah SAKAT, perkasa persuratan serantau

    UNIMAS julung kali tuan rumah SAKAT, perkasa persuratan serantau

    “Kenangan di Sungai Buloh” – Anwar kongsi momen bertemu keluarga di sebalik kaca

    “Kenangan di Sungai Buloh” – Anwar kongsi momen bertemu keluarga di sebalik kaca

    Rakyat Malaysia makan lebih 32kg ayam dan unggas setahun, antara tertinggi dunia

    Rakyat Malaysia makan lebih 32kg ayam dan unggas setahun, antara tertinggi dunia

    AS arah operasi semua syarikat penerbangan Iran dihentikan mulai 23 September

    AS arah operasi semua syarikat penerbangan Iran dihentikan mulai 23 September

    PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

    PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz