Teratak Kasih Tok Nan komited perkasakan komuniti PLHIV di Sarawak, sedia ruang selamat tanpa stigma

KUCHING – Penubuhan pusat sokongan Teratak Kasih Tok Nan (TKTN) di bawah naungan Yayasan AIDS Malaysia (MAF) cawangan Sarawak terus mengorak langkah sebagai medium utama dalam menyediakan ruang selamat buat Orang yang Hidup dengan HIV (PLHIV) dan keluarga mereka di negeri ini.

Menurut Pengerusi TKTN, Dr Ruziana Miss, selain berfungsi sebagai pejabat operasi MAF Sarawak, inisiatif tersebut turut bertindak sebagai rumah persinggahan atau transit yang dilengkapi kemudahan makanan bagi memudahkan urusan PLHIV, khususnya pesakit dari luar bandar yang perlu mendapatkan rawatan di hospital mahupun klinik kesihatan berhampiran.

Beliau berkata, pelbagai perkhidmatan komprehensif ditawarkan bagi menjamin kebajikan golongan tersebut termasuklah Program Akses Kesihatan Sarawak (SHAPE) yang menyediakan bantuan tambang pengangkutan, di samping khidmat rujukan kesihatan dan pemantauan pematuhan rawatan.

“Sokongan yang diberikan tidak terhad kepada aspek perubatan semata-mata, malah TKTN turut menyediakan jaringan sokongan sosioekonomi menerusi bantuan perniagaan dan kewangan pediatrik, kelangsungan hidup ketika kecemasan, subsidi skim rawatan, serta rujukan peluang pekerjaan.

“Bagi memperkasakan komuniti dari sudut pencegahan pula, TKTN giat melaksanakan Saringan Berasaskan Komuniti (CBT) untuk pengesanan awal HIV dan jangkitan kelamin (STI), disokong dengan perkhidmatan penjagaan kesihatan mental serta kaunseling,” katanya.

Pendekatan inklusif, hapus diskriminasi

Dalam usaha merangka program literasi kesihatan masyarakat yang berkesan, Dr Ruziana menyedari matlamat mewujudkan persekitaran yang menyokong dan bebas diskriminasi tidak boleh digalas secara sendirian.

Jelas beliau, pihaknya sentiasa menjalinkan kerjasama strategik dengan pelbagai pemegang taruh, terutama Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak dan Pejabat Kesihatan Bahagian yang menyumbang daripada aspek kepakaran klinikal.

Kolaborasi ini turut dipanjangkan kepada agensi kerajaan, Baitulmal, institusi pengajian tinggi (IPT), serta syarikat korporat dalam menyalurkan dana, sumbangan logistik, serta penganjuran program kesedaran seperti sambutan Hari AIDS Sedunia.

Bagi mendekatkan TKTN dengan masyarakat, penganjuran program berbentuk kemasyarakatan seperti rumah terbuka dan majlis ramah tamah sering diadakan.

Dr Ruziana turut menyifatkan peranan media amat penting dalam mengubah persepsi khalayak terhadap komuniti berkenaan. 

“Pendedahan berkenaan HIV dan PLHIV tidak seharusnya tertumpu kepada angka atau statistik semata-mata, sebaliknya perlu menyelami cabaran sebenar yang dilalui mereka, sekali gus memupuk sifat empati dalam kalangan masyarakat,” ujarnya lagi ketika diwawancara oleh wartawan The Malaysia Press (TMP) baru-baru ini.

Harapan dan perancangan masa depan

Sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berstatus kelab kebajikan yang bergantung kepada sumbangan dana luar, TKTN menaruh harapan tinggi agar sokongan berterusan daripada pihak kerajaan dan korporat dapat dikekalkan. 

“Langkah ini bagi memastikan kelangsungan bantuan kepada penerima sedia ada dan juga penerima baharu tidak terjejas,” katanya lagi. 

Selain memantapkan aktiviti sokongan dan kaunseling menerusi pengambilan sukarelawan, ujar beliau, TKTN juga merancang memperluas jangkauan ke bahagian lain di Sarawak yang masih belum mempunyai NGO berkaitan bagi memastikan pengesanan awal dan rujukan diagnosis dapat dibuat dengan lebih pantas.

“Bagi komuniti PLHIV, apabila mereka mendengar nama TKTN, ia menggambarkan sebuah harapan dan ruang yang selamat untuk mereka.

“Ia adalah tempat untuk mereka berkongsi rasa, melangkah dengan berani dan menyedari bahawa mereka tidak bersendirian. Di sini, ada ruang untuk mereka bergantung, bermuhasabah diri, dan bangkit semula meneruskan kehidupan,” ujarnya.

Melalui pendekatan holistik ini, TKTN berharap agar terus diiktiraf sebagai peneraju utama dalam membela nasib serta memperkasakan komuniti PLHIV di Bumi Kenyalang.

Related Posts

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

KOTA KINABALU – Pelaksanaan Program Transformasi Perkhidmatan Bas Perhentian (Stage Bus Service Transformation – (SBST)) di Sabah menerima reaksi positif daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin masyarakat, wakil rakyat serta rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

PARIT – Jabatan Pertanian Negeri Perak terus memperkukuh usaha memperkasa golongan wanita dalam sektor pertanian menerusi penganjuran Kursus Asas Penanaman Sayur-Sayuran yang disertai 30 peserta daripada Lembaga Kebajikan Perempuan Islam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu