Kerajaan MADANI lulus RM500,000 naik taraf kemudahan air di Batu Luking

KANOWIT – Usaha memperkukuh kemudahan asas di luar bandar terus diberi perhatian apabila Kerajaan MADANI meluluskan peruntukan sebanyak RM500,000 bagi melaksanakan projek bekalan air di Batu Luking.

Pelaksanaan tersebut direalisasikan menerusi inisiatif Kampung Angkat MADANI bagi memenuhi keperluan semasa penduduk yang mendahagakan kemudahan infrastruktur lebih teratur dan berdaya guna.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Seri Aaron Ago Dagang berkata, projek berkenaan dijangka memberi manfaat langsung kepada komuniti di tiga rumah panjang serta sebuah sekolah di kawasan terbabit.

“Keperluan utama yang dikenal pasti di Batu Luking ialah kemudahan bekalan air.

“Justeru, pembinaan tangki air dilihat sebagai langkah paling sesuai bagi kemudahan penduduk di kawasan ini,” katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Projek Kampung Angkat MADANI Batu Luking pada Ahad.

Mengulas lanjut, Aaron memaklumkan reka bentuk projek tersebut termasuk penetapan kapasiti tangki air masih berada di peringkat penyelarasan.

Jelasnya, spesifikasi penuh hanya akan dimuktamadkan selepas proses teknikal berserta penyediaan senarai kuantiti selesai dilaksanakan.

Dalam pada itu, beliau menegaskan kerajaan sentiasa komited untuk memastikan kemudahan asas di luar bandar terus dipertingkat secara berperingkat agar masyarakat setempat dapat menikmati kehidupan yang selesa dan selamat.

Tambahnya, inisiatif berkenaan turut membuktikan komitmen berterusan kerajaan dalam memperluas agenda pembangunan ke kawasan pedalaman demi kesejahteraan rakyat secara menyeluruh.

Foto: Facebook YB Aaron Ago Dagang

Related Posts

Anjing liar: Penguatkuasaan diteruskan, namun mesti berperikemanusiaan – Amirudin

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akan terus melaksanakan tindakan terhadap isu anjing liar yang boleh mengancam keselamatan awam, namun penguatkuasaannya mesti dilakukan secara berhemah, berperikemanusiaan dan tidak bersifat kejam. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jamawi galak rakyat kibarkan Jalur Gemilang, perluas kempen 1R1JG ke kampung

TENOM – Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG) perlu diteruskan hingga ke peringkat kampung bagi menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat sekali gus memupuk rasa cinta dan bangga terhadap…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anjing liar: Penguatkuasaan diteruskan, namun mesti berperikemanusiaan – Amirudin

Anjing liar: Penguatkuasaan diteruskan, namun mesti berperikemanusiaan – Amirudin

Kerjasama BN-PN: Rakyat berhak mendapat penjelasan yang jelas – Mahfuz

Kerjasama BN-PN: Rakyat berhak mendapat penjelasan yang jelas – Mahfuz

Jamawi galak rakyat kibarkan Jalur Gemilang, perluas kempen 1R1JG ke kampung

Jamawi galak rakyat kibarkan Jalur Gemilang, perluas kempen 1R1JG ke kampung

Warisan nafi dakwaan keluar Kerajaan Perpaduan

Warisan nafi dakwaan keluar Kerajaan Perpaduan

KPM salur RM12.3 juta perkasa 123 sekolah di Perak

KPM salur RM12.3 juta perkasa 123 sekolah di Perak

Pemimpin politik perlu hormat peranan institusi Raja – Syahredzan

Pemimpin politik perlu hormat peranan institusi Raja – Syahredzan