Perjanjian inklusif gencatan senjata AS-Iran perlu diperkukuh, harus ada jamin laluan Selat Hormuz selamat

SEMUA pihak yang terlibat dalam rundingan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran digesa mencapai satu perjanjian rangka kerja yang inklusif bagi memperkukuh gencatan senjata semasa dan memastikan laluan selamat melalui Selat Hormuz.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, persetujuan itu turut menekankan usaha memastikan kepentingan keselamatan sah untuk semua negara di rantau berkenaan.

Menurutnya, Malaysia sedia menyokong sebarang usaha pelbagai hala yang menyumbang ke arah keamanan dan kestabilan berkekalan di Asia Barat.

“Malaysia mengambil maklum peranan konstruktif dimainkan oleh Bahrain, Mesir, Jordan, Oman, Pakistan, Qatar, Arab Saudi, Turkiye dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam memudah cara proses rundingan antara Amerika Syarikat (AS) serta Iran.

“Kami menggesa semua pihak mencapai satu perjanjian rangka kerja yang inklusif bagi memperkukuh gencatan senjata semasa, memastikan laluan selamat melalui Selat Hormuz, serta menangani kepentingan keselamatan sah semua negara di rantau berkenaan,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, pada Ahad.

Sebelum ini, media melaporkan Presiden AS, Donald Trump mendakwa majoriti perjanjian damai dengan Iran hampir selesai dirunding, disahkan kedua-dua negara serta Pakistan yang bertindak sebagai pihak pengantara.
Trump menerusi hantaran di media sosial semalam berkata perjanjian sedang dirangka itu akan membuka semula Selat Hormuz.

Bagaimanapun, Trump tidak mendedahkan butiran terperinci yang terkandung dalam perjanjian berkenaan dan beliau mendakwa aspek dan butiran akhir perjanjian itu sedang dibincangkan dan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Menurut seorang pegawai AS yang mengetahui draf perjanjian itu, AS dan Iran kini hampir memeterai lanjutan gencatan senjata selama 60 hari yang dijangka membuka semula Selat Hormuz, sekali gus membolehkan Iran menyambung semula penjualan minyak serta memberi ruang kepada rundingan mengenai program nuklear Tehran.

Cadangan perjanjian yang masih belum dimuktamadkan itu dijangka diumumkan seawal Ahad, lapor Anadolu Ajansi yang memetik portal berita Axios.

Dalam pada itu, Anwar berkata, pihaknya
turut menerima petunjuk daripada pemimpin di Asia Barat bahawa rundingan ke arah perjanjian antara AS dan Iran itu sedang berlangsung dengan lancar.

“Saya melihat perkembangan ini dengan penuh harapan dan optimis. Malaysia menghargai peranan konstruktif yang dimainkan Bahrain, Mesir, Jordan, Oman, Pakistan, Qatar, Arab Saudi, Turkiye dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam memudah cara proses ini.

“Kami juga mengalu-alukan penglibatan peribadi Presiden Trump dalam usaha mencapai penyelesaian menerusi rundingan. Kami berharap semua pihak dapat merebut peluang ini dan meneruskan rundingan sehingga mencapai satu penyelesaian yang berjaya,” katanya.

Related Posts

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

KUALA LUMPUR – Usaha meningkatkan tahap kesiapsiagaan komuniti dalam menghadapi fenomena El Nino perlu diberi keutamaan kerana tindakan pencegahan dan persediaan rapi mampu mengurangkan impak cuaca ekstrem yang semakin sukar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

KUALA LUMPUR – Malaysia terus mempergiat usaha memperkukuh keselamatan tenaga negara melalui beberapa kerjasama strategik di peringkat antarabangsa, termasuk perjanjian hidrokarbon jangka panjang dengan Turkmenistan yang dijangka dimeterai pada 19…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu