Budaya keluar parti sebab ‘merajuk’ perlu dihentikan, rakyat sudah muak

PUTRAJAYA – Budaya pemimpin keluar parti dan bersama platform politik baharu setiap kali tewas dalam perebutan kuasa dalaman disifatkan sebagai punca utama rakyat semakin muak dengan landskap politik negara ketika ini.

Penganalisis geopolitik dan keselamatan Universiti Utara Malaysia (UUM), Nur Ashikin Yusof berkata, politik Malaysia sudah terlalu lama dibelenggu mentaliti ‘jika kalah, tubuh parti baharu’, sedangkan rakyat ketika ini lebih mengharapkan kestabilan dan tumpuan terhadap pemulihan negara.

Menurut beliau, jika benar bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli memperjuangkan reformasi berasaskan prinsip, maka kekalahan dalam pemilihan PKR sepatutnya diterima sebagai proses demokrasi, bukan dijadikan alasan untuk merajuk sehingga meninggalkan parti dan mencetuskan ketidakstabilan politik.

“Ketika Kerajaan Perpaduan berdepan tekanan ekonomi global, konflik Asia Barat, isu kos sara hidup, ketegangan geopolitik Indo-Pasifik serta cabaran keyakinan pelabur, tindakan beliau meninggalkan parti dianggap rakyat sebagai tidak bertanggungjawab dan terlalu bersifat peribadi.

“Pemimpin reformasi sepatutnya menunjukkan kematangan dengan memperkukuh kerajaan ketika negara memerlukan kestabilan, bukan menambah persepsi krisis dalaman. Dalam politik, rakyat melihat konsistensi.

“Ketika menang bercakap soal perjuangan kolektif, tetapi apabila kalah terus meninggalkan parti, ia memberi gambaran bahawa agenda individu lebih besar daripada agenda reformasi yang dilaungkan selama ini,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Ahad.

Mengulas lanjut, Nur Ashikin berpandangan, tindakan Rafizi itu juga mengundang persoalan moral kerana beliau sebelum ini merupakan antara individu yang lantang mengkritik budaya lompat parti dan politik oportunis.

Katanya, sudah tiba masanya budaya pemimpin tubuh mahupun bersama parti baharu setiap kali berlaku kekalahan atau perpecahan dalaman dihentikan berikutan rakyat kini lebih mengutamakan isu ekonomi, kestabilan negara dan keupayaan kerajaan mendepani cabaran global.

“Ramai melihat tindakan itu tidak jauh bezanya daripada politik emosional yang pernah beliau kritik dahulu. Walaupun mengosongkan kerusi bagi mengelakkan dilabel lompat parti, dari sudut moral politik tetap timbul persoalan tentang amanah pengundi yang memilih beliau atas tiket PKR dan Pakatan Harapan (PH).

“Bukannya atas jenama individu semata-mata. Jika benar beliau mahu menubuhkan platform politik baharu, rakyat berhak mempersoalkan sama ada ini benar-benar demi rakyat atau sekadar usaha meneruskan pengaruh politik peribadi selepas hilang dominasi dalam parti,” katanya.

Tambah beliau, sejarah politik negara juga membuktikan ramai tokoh yang meninggalkan parti akhirnya gagal bertahan apabila tidak lagi mempunyai kekuatan jentera akar umbi dan sokongan momentum daripada orang ramai.

“Kuasa sebenar dalam politik bukan sekadar populariti media sosial atau retorik ceramah, tetapi kemampuan bertahan dalam organisasi, menerima kekalahan, dan terus berkhidmat walaupun tidak memegang jawatan utama,” katanya.

Terdahulu, Rafizi dan bekas Naib Presiden, Nik Nazmi Nik Ahmad membuat keputusan keluar daripada PKR dan mengambil alih sebuah parti politik, Parti Bersama Malaysia (Bersama).

Turut mengambil tindakan yang sama, Haqimi Zamri yang meletakkan jawatan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Pandan baru-baru ini bersama 18 daripada 26 ahli jawatankuasa (AJK) sayap berkenaan.

Pada masa sama, bekas Ketua PKR Cabang Kluang, Abd Hamid Ali dilaporkan berkata hampir 30 peratus daripada kira-kira 2,800 ahli baharu Bersama di Johor terdiri daripada ahli dan pimpinan PKR akar umbi turut membuat keputusan meninggalkan parti itu.

Related Posts

PKR Sabah tegas perjuangan reformasi, MA63 diteruskan

KOTA KINABALU – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah menegaskan peletakan jawatan Ketua Cabang Tuaran dan Semporna tidak akan menjejaskan komitmen parti dalam meneruskan agenda reformasi serta perjuangan hak Sabah termasuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO Sabah hanya pelengkap kerajaan negeri, bukan lagi parti dominan

PUTRAJAYA – Peranan UMNO Sabah dalam landskap politik negeri kini tidak lagi seperti era awal kemasukan parti itu, sebaliknya hanya berfungsi sebagai pelengkap dalam gabungan kerajaan negeri sedia ada. Bekas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Retorik “Bela Rakyat” Pas Terengganu semakin tercabar dalam isu cukai pintu

Retorik “Bela Rakyat” Pas Terengganu semakin tercabar dalam isu cukai pintu

Baram bakal jadi hab pelancongan budaya Sarawak

Baram bakal jadi hab pelancongan budaya Sarawak

Sokong kod baharu ONSA pelihara keselamatan kanak-kanak, KPWKM salur dana RM5 juta untuk Program Rhythm

Sokong kod baharu ONSA pelihara keselamatan kanak-kanak, KPWKM salur dana RM5 juta untuk Program Rhythm

Facebook gagal beri kerjasama namun TikTok ambil pendekatan utamakan keselamatan dalam talian

Facebook gagal beri kerjasama namun TikTok ambil pendekatan utamakan keselamatan dalam talian

Nota Jemaah Menteri akan dibentang  gempur scam dan judi dalam talian

Nota Jemaah Menteri akan dibentang  gempur scam dan judi dalam talian

Kementerian Komunikasi cari jalan agar TikTok izinkan media jana pendapatan

Kementerian Komunikasi cari jalan agar TikTok izinkan media jana pendapatan